CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dipulau Satu Kampung Kerana Suami Mati Dibaham Harimau

18-2-2020 05:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5817| Komen: 37

Malang nasib wanita yang menderita apabila dipulaukan penduduk kampung hanya kerana suaminya mati dibaham Pak Belang.

Memetik Asia One, sejak dari kejadian itu, Mosammat Rashida digelar ahli sihir sehingga anak-anaknya juga tergamak meninggalkan ibu mereka bersama adik-adik yang masih kecil.



Kredit foto: AFP

Di Bangladesh, semua wanita seperti Mosammat yang kematian suami akibat dibaham harimau akan dipulaukan kerana dianggap membawa nasib malang kepada pasangan masing-masing dan menjadi penyebab kematian mereka.

Mosammat yang tinggal di Gabura, sebuah perkampungan pemburu madu berhampiran hutan paya bakau terbesar di dunia, Sundarbans berkata kepada AFP bahawa dia juga dituduh anak-anak sebagai ahli sihir yang membawa sial.

Difahamkan, suaminya meninggal ketika mencari madu di dalam hutan.

Menurut Mosammat, 45, dia tidak terkejut walaupun sedih apabila dua anaknya berusia 24 dan 27 tahun meninggalkan dia dan anak-anaknya yang masih kecil.



Kredit foto: AFP

Lebih malang, tiada siapa menawarkan bantuan apabila bumbung ponddoknya diterbangkan ribut. 

Katanya, hanya dia dipulaukan sedangkan jiran yang lain mendapat bantuan daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, jirannya, Mohammad Hossain mendedahkan isterinya tidak membenarkan dia bercakap dengan wanita malang berkenaan.

"Ia mungkin membawa nasib malang, sekali gus membahayakan keluarga kami," kata pemburu madu berusia 31 tahun itu.

Menurut Monirul Khan, pakar harimau Bengal di Universiti Jahangirnagar, pemburu madu lebih suka mencari madu di barat daya Sundarban yang menjadi tempat tinggal harimau 'pemakan manusia'. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 18-2-2020 06:23 PM
ai dah jangka dah berita nih berlaku di belah Asia Selatan. asal ada musibah, sikit2 cop pompuan suwey. kalau tak silap, aishwarya rai pernah kawen dgn pokok pisang sebelum dgn somi manusianya, utk buang sial.

Quote KIM.K 18-2-2020 06:40 PM
Dah takdir mati 99 kali..nak buat macamana
Quote suriamir 18-2-2020 06:54 PM
syukur alhamdulillah... kita lahir d  bukan kt tempat mundur mcm tu....
Quote Buritan 18-2-2020 06:55 PM
dani-rox replied at 18-2-2020 06:23 PM
ai dah jangka dah berita nih berlaku di belah Asia Selatan. asal ada musibah, sikit2 cop pompuan suw ...

Mmg tempat asal pyropura mcm tuu.. untung pirop dah duk sini bari leh hifup aman damai
Quote suriamir 18-2-2020 06:55 PM
suriamir replied at 18-2-2020 06:54 PM
syukur alhamdulillah... kita lahir d  bukan kt tempat mundur mcm tu....

*di malaysia
Quote duri_durians 18-2-2020 06:57 PM
bebaal nya makhluk kat belah sana.. kenapa tak cakap ketua kampung dia yg suwey
Quote RumiMenari 18-2-2020 08:08 PM
Ramai yg mati kena baham rimau so bini terus cop sbg ahli sihir... Kiranya ni perkampungan harry potter la
Quote tumpanglalu74 18-2-2020 08:12 PM
dani-rox replied at 18-2-2020 06:23 PM
ai dah jangka dah berita nih berlaku di belah Asia Selatan. asal ada musibah, sikit2 cop pompuan suw ...

Bak link..
Quote JohnnyLever 18-2-2020 08:14 PM
Buritan replied at 18-2-2020 06:55 PM
Mmg tempat asal pyropura mcm tuu.. untung pirop dah duk sini bari leh hifup aman damai


Quote JohnnyLever 18-2-2020 08:14 PM
RumiMenari replied at 18-2-2020 08:08 PM
Ramai yg mati kena baham rimau so bini terus cop sbg ahli sihir... Kiranya ni perkampungan harry pot ...

wingardium leviosa
Quote sekngucing 18-2-2020 08:17 PM
bodoh punya org kg


teringat aku filem klasik melayu 'sial wanita'
Quote MissVixen 18-2-2020 08:22 PM
Bodohnya siapa percaya yang manusia, haiwan tertentu bawak sial.
Kesiannya...dah la suami mati...kena pulau lagi.
Quote dudaberhias 18-2-2020 08:25 PM
masih percaya ye benda2 gitu walaupun dah islam....
no wonderlah negara deorang ni tak maju dan kena datang kerja sini....


keling punya kepercayaan tu liat sangat nak buang...
Quote dudaberhias 18-2-2020 08:27 PM


sian tengok dia... dari raut wajah dah nampak kesedihan beliau...
sape la nak mintak laki kena baham harimau...
Quote Sham143 18-2-2020 08:33 PM
Jumut gila mentaliti bangla ni.. Harap2 tk ada la umat melayu yg mentaliti mcm ni..
Quote blekkep 18-2-2020 08:36 PM
Bini mohammad hossain x kasik hossain tegor musammat sbb jeles jer sbenarnye...nasib malang lar kalo laki sheols trpikat ngan balu trsebot sekaligus mmbahayakan femili sheols
Quote sukacactus 18-2-2020 09:56 PM
Apasal kata dia bw sial
Kat rimau tu xberani kata apa plak
Padahal dia yg serang org kg tu sampai mati
Quote Buritan 18-2-2020 11:05 PM
JohnnyLever replied at 18-2-2020 08:14 PM

Ensem la ang ni
Quote JohnnyLever 18-2-2020 11:43 PM



handsome tak?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.122261 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top