CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menang Besar Di Oscars Tapi Ciplak Karya Tamil, Pembikin 'Parasite' Bakal Disaman?

18-2-2020 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13231| Komen: 94

“Saya tengok filem Parasite dan saya rasa mereka mencuri idea asal itu dari Minsara Kanna."

Demikian kata penerbit filem Tamil PL Thennapan yang mendakwa plot filem Parasite yang menerima anugerah Oscar saling tak tumpah dengan karya asalnya, Minsara Kanna.



Kredit foto: SCMP/India Today

Berkata dalam temu bual bersama India Today, filem tahun 1999 itu berkisar mengenai lelaki kaya menyusup masuk ke rumah kekasihnya dengan menyamar sebagai pengawal peribadi.

"Saya sedang berbincang dengan beberapa peguam antarabangsa dan masih mempertimbangkan tindakan menyaman terhadap pembuat filem Parasite," katanya.

Walaupun menyedari persamaan kedua-dua filem itu, pengarah Minsara Kanna bagaimanapun tidak terfikir untuk mengambil langkah sama untuk memfailkan kes terhadap pengarah dan penulis skrip Parasite, Bong Joon-ho.

"Walaupun Minsara Kanna menjadi karya inspirasi, saya gembira Parasite menerima anugerah Oscar. Tetapi, terpulang kepada penerbit sama ada untuk meneruskan tindakan memfailkan kes berkenaan," ujarnya.

Filem dari Korea Selatan itu mencetus sejarah apabila dinobat sebagai Filem Terbaik, sekali gus menjadi filem Asia pertama memenangi kategori berkenaan di Oscars.

Selain itu, ia juga dinobatkan sebagai Filem Antarabangsa Terbaik dan Lakon Layar Terbaik. Joon Hoo turut merangkul kategori Pengarah Terbaik. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 18-2-2020 06:22 PM
Tu pasal lah aku dah lama boikot barang Korya
Quote JohnnyLever 18-2-2020 06:23 PM
[youtube]95sZd6PiLn0[/youtube]

bila nak saman?
Quote dani-rox 18-2-2020 06:29 PM
baguslah India ada kesedaran psl plagiarism lepas berkurun copy paste frame by frame filem2 Hollywood
Quote ultra78 18-2-2020 06:31 PM
Persoalannya adalah kenapa filem tamil tersebut tidak menang oscar.
Quote Kuasaberganda 18-2-2020 06:31 PM
korea dgn tamil sebenarnye sama je. sbb tu bahasa dia kdg kdg ada bunyi tamil skit kot.hahaha.iolls classified korean as tamil while japanese like bollywood gitu.hahaha. marah nnt saranghae fan.kuikuikui
Quote c===8 18-2-2020 06:31 PM
Teringat ada pilem hindi tiru american ninja
Quote gadget 18-2-2020 06:40 PM
ultra78 replied at 18-2-2020 06:31 PM
Persoalannya adalah kenapa filem tamil tersebut tidak menang oscar.

sebab tak hantar pencalonan lah kot..
Quote Kurex 18-2-2020 06:44 PM
apa yg best dgn mobie korea aku tak tau la
Quote gadget 18-2-2020 06:47 PM
tp oscar macam tak restui aje kemenangan PARASITE ni..sbb masa team tu naik stage amik trofi best picture, lepas aje sorang tu speech, lampu dgn mic terus off...walhal takkanlah production tak fikir yg maybe akan ada few members yg akan berucap...lainlah kalau menang individual ie best actor etc...

nasib baik penonton kat dewan cakap "up up up"....hahah...tu pun crew production buat tak peduli aje bila mic off kali kedua....rasist
Quote matchstick 18-2-2020 07:03 PM
gadget: tp oscar macam tak restui aje kemenangan PARASITE ni..sbb masa team tu naik stage amik trofi best picture, lepas aje sorang tu speech, lampu dgn mic t ...


Lmbt sgt kot nk tunggu diorg cakap sorang demi sorang.. Nk pakai translator lg. Acik yg speaking tu pun ckp sebutir2.
Quote matchstick 18-2-2020 07:05 PM
Sama betul ke masalah nye.. Mcm lain je, cuma konsep menyelinap ke rumah org kaya tu je lah kot.
Quote gadget 18-2-2020 07:12 PM
matchstick replied at 18-2-2020 07:03 PM
Lmbt sgt kot nk tunggu diorg cakap sorang demi sorang.. Nk pakai translator lg. Acik yg speaking ...

jane fonda pun terpinga2 je lepas tu...mesti si jane tu cakap dalam hati "dah boleh cakap ke, dah b oleh cakap ke"

ps: tapi takde, atleast tak salah umum pemenang best picture mcm tahun lepas...la la land
Quote tumpanglalu74 18-2-2020 07:17 PM
Ate paham bahase tamil ke penciflak kimchi ni?  Tak logik..
Quote gadget 18-2-2020 07:21 PM
gadget replied at 18-2-2020 07:12 PM
jane fonda pun terpinga2 je lepas tu...mesti si jane tu cakap dalam hati "dah boleh cakap ke, dah  ...

ps: tapi takde, atleast tak salah umum pemenang best picture mcm tahun lepas...la la land

typing error:

ps: tapi takpe (tertaip takde), atleast tak salah umum pemenang best picture mcm tahun lepas...la la land
Quote sarah82 18-2-2020 07:45 PM
Selama bertahun depa ciplak Hollywood tak apa pulak..
Quote salmon-suki 18-2-2020 07:56 PM
Kurex: apa yg best dgn mobie korea aku tak tau la

pmpuan seksi dgn lelaki hensem (bak kata bbnus)
Quote tripleid 18-2-2020 07:56 PM
Edited by tripleid at 19-2-2020 08:57 PM

Over rated nya parasite nih..xde la best mana pun..plot twist pn so so jah,xde la gempak mcm shawshank redemption ke..tp iols restu je bon jong ho mnang director terbaik sbb movie dia Snowpiercer yg captain america belakon tu best giler..cite psl antara dua darjat gak tp dlm gabak ketapi..
Quote CatMiow 18-2-2020 07:57 PM
Benda2 seni memng selalu akan hampir sama..

Bukan ciplak,  inspire...

Mcm tak biasa

Jalan cite tamil hindustan pun sama juga,  zaman iols mude2 percintaan dua darjat tak habis2.... Rasanya dari zaman mak ayah iols lagi...  Zaman bobby,  sanggam ke zaman Mohabbatein,  khabi khushi khabi gham..

Drama tamil,  mahap la,  tak tau Tajuk  
Quote dudaberhias 18-2-2020 07:58 PM
lagu korea pun banyak plagiarism... especially yang memang lagu yang "tak di beli"

yang di beli tu of course bukan plagiarism tapi dah dapat hak... ni yang tak beli yach macam lagu boom boom apa tah tu....

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.342705 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top