|
Memang keji, tiga perompak didapati mencuri timbunan tisu tandas bernilai HK$1,000 atau bersamaan RM534 dalam satu kejadian di Hong Kong.
Insiden pada Isnin lalu menyaksikan seorang pemandu sebuah lori dengan muatan barang pasar raya didatangi perompak ini, lapor The Guardian. Peliknya, barangan lain langsung tidak diusik sebaliknya hanya tisu tandas yang menjadi sasaran. Ia dikatakan ada kaitan dengan keresahan yang melanda Hong Kong sejak penularan wabak Covid-19. Ia sekaligus menyebabkan pembelian barangan keperluan secara panik oleh penduduk setempat sehingga rak di pasar raya di Hong Kong kehabisan barang. Ia termasuklah barangan seperti beras, minyak masan dan paling penting iaitu tisu tandas!
Dalam insiden rompakan tersebut, perompak berkenaan dikatakan mengacukan pisau ke arah pemandu lori itu di luar pasar raya Wellcome Supermarket. Ia juga berlaku di kawasan kejiranan yang terkenal sebagai sarang kumpulan kongsi gelap. - CARI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.121082 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.