CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Satu Billion Dan Satu Ribu Juta, Nampak Sama Tapi Ada Bezanya?

27-2-2020 04:56 PM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 7116| Komen: 11|Original author: PDOT777

Kredit foto: So, umm, when do we get to hack into the Matrix?, code.likeagirl.io

Setiap hari, anda akan berhadap dengan nombor. Dari 1 ke 100. Dari 100 ke 100,000. Tengok nombor sahaja kadang-kadang sudah pening. Inikan pula untuk menyebut nombor itu. Bayangkan, untuk menyebut nombor 123,456,759; seratus dua puluh tiga juta empat ratus lima puluh enam ribu tujuh ratus lima puluh sembilan. Tidaklah susah, tetapi leceh kan?

Tapi, pernah tak anda terfikir tentang nombor yang melebihi daripada juta? Senang kata, 1,000,000,000, atau bersamaan dengan satu billion. Di sini, ada yang terfikir, memandangkan perkataan billion ini mudah disebut, jadi dalam bahasa panjang, mestilah ada cara sebutannya sendiri, samalah dengan million yang bermaksud juta.

Ada yang menyebut bahawa satu billion disebut sebagai SATU RIBU JUTA. Tetapi, tahukah anda ada rahsia dan perbezaan di sebalik satu billion dan satu ribu juta?


Menurut Hukum Matematik yang sebenar, satu billion, atau 1,000,000,000 bukanlah mempunyai 9 angka 0, sebaliknya 12!

Dalam bahasa, ia disebut sebagai SATU JUTA JUTA, atau 1,000,000,000,000, dengan 12 angka 0. 

Hukum Matematik ini digunakan dalam Sistem Piawaian Angka British dahulu. Dan satu billion, atau satu juta juta, adalah jauh lebih banyak berbanding satu ribu juta.

Walau bagaimanapun, sistem dunia pada hari ini telah diseragamkan dan ini tidak terkecuali keapda Eropah juga. Dunia hari ini mengikut Sistem Piawaian Amerika, di mana SATU BILLION juga boleh disebut sebagai SATU RIBU JUTA, dan bukan lagi SATU JUTA JUTA.

Dalam erti kata lain, SATU BILLION = SATU RIBU JUTA = 1,000,000,000, dan bukannya 1,000,000,000,000.

Jadi, SATU JUTA JUTA ini untuk nombor apa pula? Sudah semestinya, satu trillion.


Satu trillion dollar mengikut gambaran yang sebenar
Kredit foto: When people talk finance in politics, it's easy to lose a sense of tangibility...here's what one trillion dollars looks like, imgur.com

Sistem Piawaian Amerika ini digunakan untuk semua perkara yang berkaitan dengan nombor, sama ada pengiraan wang, penggunaan nombor dalam data, pengajaran di sekolah dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, Sistem Piawaian Angka Amerika menggunakan Skala Panjang dalam sebutan nombor mereka, manakala Sistem Piawaian Angka British menggunakan Skala Pendek. Walaupun banyak negara telah beralih ke Sistem Piawaian Angka Amerika, masih ada beberapa buah negara di Eropah yang menggunakan Sistem Piawaian Angka British.

Negara-negara ini adalah kebanyakan negara di benua Eropah yang menggunakan bahasa Sepanyol dan bahasa Perancis sebagai bahasa rasmi, kecuali negara penduduk berbahasa Sepanyol yang bertutur dalam bahasa Inggeris, seperti Puerto Rico. Negara lain yang masih menggunakan Sistem Piawaian Angka British ialah negara yang penduduknya berbahasa Portugis, kecuali Brazil.

Bagi anda yang kurang faham, Skala Panjang ialah apabila SATU BILLION disebut sebagai SATU JUTA JUTA, atau 12 angka 0 dan bukan SATU RIBU JUTA, untuk 9 angka 0.

Untuk keseluruhan besar abad ke-19 dan 20, United Kingdom menggunakan Skala Panjang, manakala Amerika menggunakan Skala Pendek. Masuk sahaja tahun 1974, United Kingdom menukar sistem piawaiannya dan menggunakan Skala Pendek. - CARI 

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nes3in1 27-2-2020 05:29 PM
Masa kecik dulu selalu gak terpikir benda ni. Ai selalu bayangkan 1 billion adalah sejuta satu juta bila dewasa kind of dissapointed that 1B hanyalah seribu juta gittew.
Quote Zeatyisaac 27-2-2020 05:46 PM
Kan, sepatutnya satu billion adalah sejuta satu juta.... By right..
Quote Rogue98 27-2-2020 05:51 PM
Edited by Rogue98 at 28-2-2020 04:00 PM

Ni yang aku risau bila Guan Eng jadi MOE sbb dia selalu silap bagi angka.
Quote husna_amal 28-2-2020 09:38 AM
saya baca dengan ada banyak number ni pun dah keliru
Quote PDOT777 28-2-2020 12:57 PM
Rogue98 replied at 27-2-2020 09:51 AM
Ni yang aku risau bila Guan Eng jadi MOE sbb dia selalu silap bagi angkat.

angka boss..typo di situ haha
Quote PDOT777 28-2-2020 12:59 PM
husna_amal replied at 28-2-2020 01:38 AM
saya baca dengan ada banyak number ni pun dah keliru

haha boss...andai kata saya tukarkan semua nombor tu dengan perkataan mahu migrain boss...silap2 saya pun migrain
Quote PDOT777 28-2-2020 01:17 PM
Nes3in1 replied at 27-2-2020 09:29 AM
Masa kecik dulu selalu gak terpikir benda ni. Ai selalu bayangkan 1 billion adalah sejuta satu juta  ...

saya pulak dari kecik selalu terpikir...macam mana diorang sebut satu billion dalam bahasa melayu...sebab million pun disebut juta...dalam kamus lama pulak pernah terjumpa zillion...terpikir la pulak mcm mna zillion tu...
Quote PDOT777 28-2-2020 01:18 PM
Zeatyisaac replied at 27-2-2020 09:46 AM
Kan, sepatutnya satu billion adalah sejuta satu juta.... By right..

entah noniliion disebut macam mna pulak ya
Quote Rogue98 28-2-2020 04:00 PM
PDOT777 replied at 28-2-2020 12:57 PM
angka boss..typo di situ haha

Hahaha.. Tx
Quote b_n_c 29-2-2020 10:52 AM
i kove numbersssss.   love love love
Quote PDOT777 29-2-2020 11:33 AM
b_n_c replied at 29-2-2020 02:52 AM
i kove numbersssss.   love love love


Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.349144 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top