CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ramai Yang Bengang Cikgu Raba Kemaluan Untuk Check Ada Pad Tak

19-2-2020 10:48 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 19192| Komen: 65





Pelbagai kisah di zaman sekolah yang menjadi memori kita sekarang. Namun tidak semuanya manis kerana ada juga yang pahit dan tidak rasional seperti pelajar wanita yang terpaksa menunjukkan tuala wanita demi membuktikan yang mereka benar-benar dalam haid!

Wanita ini berkongsi ilmu bahawa ianya adalah satu kesalahan gangguan seksual apabila pendidik meraba kemaluan tanpa izin. Jika tidak diraba sekalipun, perbuatan menunjukkan tuala wanita itu juga dianggap satu kesilapan. 


Wanita ini mengimbas kembali pengalaman pelajar perempuan yang pernah diraba di sekolah. Masing-masing menyimpan kemarahan kepada guru-guru yang membuat 'spot check' ini.


Google

Bagi mereka, jika ada pelajar yang menipu sekalipun, itu adalah antara soal mereka dengan Pencipta. Mengapa perlu cikgu pula yang campur tangan? 



Rupa-rupanya bukan sahaja pelajar perempuan yang terkena, tetapi juga pelajar lelaki. Mereka diperiksa badan untuk mengetahui ada rokok atau pun tidak.


Manakala bagi pelajar-pelajar di era gajet pula, ada guru yang memeriksa badan pelajarnya bagi mencari telefon bimbit!


Persoalannya, wajarkah tindakan guru-guru ini? Adakah ia juga dikategorikan sebagai gangguan seksual? Anda ada pengalaman diraba? - CARI

2

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • zakeynt_o

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EvieWanKenobi 19-2-2020 10:52 AM
teruknya.. ni dah kira pencabulan..
Quote matbad 19-2-2020 10:55 AM
Kalau tak raba ke tempat tu la mcm2 nak sembunyi..tak buat salah apa takut..jd cikgu skrg ni sakit jiwa je hahahaha
Quote manehnya 19-2-2020 11:13 AM
setazah ms zaman kami dulu suh tunjuk pad huhu...
Quote jue10 19-2-2020 11:17 AM
Msa aku sekolah dlu pun ada ustazah rabu nk tgk pad berdarah. So disgusting. Rude
Quote Akmal46 19-2-2020 11:18 AM
Hong sinohong gelama ikan duri cakap bohong lama lama jadi pencuri.  Buat ape nak takut kalau period .tunjuk saje ngan cikgu .asal time solat je 30 org period .bagang diorg ni .nak nipu x agak agak .bodoh.
Quote Artemesiaa 19-2-2020 11:21 AM
Teruknya perbuatan sayang ramai hanya berani bersuara bila dah meninggalkan alam persekolahan
Quote jebatmaspunyer 19-2-2020 11:23 AM
aku dulu pun pernah ustazah buat camtu.. semua pelajar pompuan y x pergi solat jemaah kena berkumpul dalam 1 dorm then ustazah tu akan sntuh bahagian kemaluan utk rasa ada pad ke x.. aku time tu x der lah tersinggung sbb cara ustazah tu buat bukan style seksual ataupun ada buat gurauan seksual pun dan dia x mintak angkat kain ke apa.. just sentuh sekejap utk make sure ada pad ke x.. Tu salah satu cara lah ustazah buat untuk make sure student x tinggal solat. Kalau yang habis haid tapi pakai pad jugak tu aku x tau lah.. dosa tanggung sendiri.. bukan x di ajar.. ustaz & ustazah selalu tekankan ilmu pasal solat & haid from time to time. At least Ustazah dah cuba ikut cara y dia rasa berkesan.
kalau y x pakai pad aku lupa camner ustazah tu buat sbb lepas turn aku terus aku blah..

Reason ustazah buat camtu sbb ada setengah student tipu x gi solat dengan buat alasan datang haid. Jaranglah pompuan dekat 2 minggu period tiap2 bulan.. Kita sebagai Muslimah ada panduan mengenai haid. X boleh lengahkan mandi wajib kalau haid tu dah habis. Aku pun paham niat ustazah tu nak ajar kami student pompuan ni kena ambik berat pasal hal2 haid & solat.
Quote Ladybird910 19-2-2020 11:32 AM
Ade kes my ex roomate doc perempuan tu suh baring and dia raba check pad dlu baru bg mc dgn ubat tahan sengugut..lg haruuu!
Quote AbukRokok 19-2-2020 11:37 AM
xboleh ke anggap mcm sedekah

klu ssedekah xpe kita dah sedekah dpt pahala..dia tipu dia jawab dgn tuhan
klu pad xpe kita check tempat yg tak sensitif je...dia sorok kt tempat sensitif dia jwab dgn tuhan
Quote isseliparjepun 19-2-2020 11:51 AM
Benda nak gelabah pasal ustazah check pad. Kalau menipu pastu kantoi, terang terang la ko memang tak jujur dan sengaja taknak solat.

Kalau dah nama Islam, kat rumah tak solat, kat sekolah disuruh solat pun payah. Terasa tercabul sangat ke? Dengan boyfren okay pulak ye diraba raba.

Quote isseliparjepun 19-2-2020 11:52 AM
jue10 replied at 19-2-2020 11:17 AM
Msa aku sekolah dlu pun ada ustazah rabu nk tgk pad berdarah. So disgusting. Rude

Should u write a letter of complaint. But u didnt, did u?
Quote Elanarose 19-2-2020 11:54 AM
Kalau mcm tu, yg suruh ramai2 masuk bilik lepas tu tanggalkan uniform sampai tinggal pakaian dlm je utk check ada tatu ke x tu mcm mana plk. Dulu2 mana tau benda ni sexual harassment ke tak. Manot je ikut wlpn dlm hati sumpah seranah berbakul.
Quote puteribaya 19-2-2020 12:00 PM
Artemesiaa replied at 19-2-2020 11:21 AM
Teruknya perbuatan sayang ramai hanya berani bersuara bila dah meninggalkan alam persekolahan

giler nak bersuara..dah memang tau perangai setajah2 cikgu2..masa iols dulu ada satu cikgu tu..kalu nak denda budak pompuan..dia cubit pusing kat pusat, kalu lelaki dia seluk dalam seluar. dari bawah.cubit tepi kangkang..sib baik x penah kena denda..
Quote chinta89 19-2-2020 12:00 PM
aku jadi serba salah plk.. kan kalau x buat spotcheck, mana nak tahu bebudak buat salah ke tak?

yg dh larang bawak tepon ke skolah, tetap bawak. pahtu selit dlm bra or spender. cikgu mesti la raba sket2 sb nk tau uols bawak ke tak.

yg tipu solat pun ramai. mmg itu antara Allah dan empunya badan, tp dah nama duk asrama kan solat jemaah wajib. ko tipu solat ko x g surau, x adil utk org lain yg pegi solat penuh. ko sedap2 tipu org lain, duk tido dlm dorm/pegi tgu kat kelas prep. dh bwak pengaruh buruk kat org lain yg iman senipis kulit bawang utk x solat jugak.

entah aku susah nk komen soal ni. pendapat msg2. zmn aku sekolah dlu ak okey je ngn tugas cikgu2. kecuali bab merotan budak2 kuat2.. itu aku x setuju. ak penah kena, setiap kali kelas matematik, x ingat sifir...

eh dh OT ya ampun.
Quote MsKoreanfanatic 19-2-2020 12:22 PM
Akak sekolah menengah Convent dulu walau Ustazah nyer datang dari Universiti Al Azhar bertudung labuh idok la sampai camtu sekali.. mana yg uzur duduk luar surau.. klau pakai pinafore skirt pendek kena cubit~~~ itu je
Quote mizruncing 19-2-2020 12:28 PM
wehhhh meols dh kena masa asrama dlu. dh la cikgu tu anti aku. aku ni jenis period 20 hari period dtg. bukan normal 30 hari. dia pnya x percaya smpai suruh aku calit ngn tisu. bile aku taknak dia raba. dh rasa ada pad dia snyp pas tu bg warning siap ckp klu sy npk awk x solat lg esok awak kena dgn sy. hbs tu klu dh period aku tak hbs cmne nk solat. trpksa aku menyorok esok tu nk lari dgn cikgu pnya pasal. xckup dgn tu pengawas plak raba sbb pikir aku bwk hp. pdhal aku mmg x bawak dia x caya jgk. bodoh pi raba atas bawah risau aku simpan hp kt situ. last xde sendiri malu siap mntk maaf. klu la blh aku saman sorang2 dulu best ni
Quote dekmieDandy 19-2-2020 12:29 PM
kat sekolah aku dulu ada jugak camni

tapi dia check budak yang tak gi surau jelar
Quote Cassieopeia 19-2-2020 12:32 PM
kalau raba mcm imigresen kt airport tu bolehla tp kalau lebih2 mcm pelik lak...
tp kalau sampai kne tunjuk pad berdarah tu mcm gelinya...
Quote violetungu 19-2-2020 01:52 PM
Aku xpernah kena camni sebab budak baik2.. tp paling terkesan pasai pad ni budak kelas belakang buat pasai,buang pad berdarah di toilet. habis satu sekolah bdk perempuan kena cuci pad tu sorang sikit smpi xdak kesan darah..

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.041801 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top