CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ubat Kuat Energy Candy Diharamkan, Mengandungi Racun Tadalafil

20-2-2020 10:09 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3360| Komen: 9|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Dua produk Energy Candy yang dijual secara terbuka di Malaysia

Kredit foto: Ketua Pengarah Kesihatan 

Berita buruk kepada mereka yang menjual dan membeli produk ubat kuat jenama Energy Candy di Malaysia.

Kementerian Kesihatan mengesahkan produk tersebut mengandungi racun berjadual tadalafil yang dilarang penggunaannya dalam makanan di bawah Akta Makanan 1983.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan pada 17 Februari menyatakan, penemuan itu adalah hasil analisis makmal Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) terhadap produk import itu.



Produk ini mengandungi racun taladafil

Tiga produk di bawah jenama Energy Candy adalah ExtrAli Energy Candy, Extra Strong Energy Candy dan Mixed Fruit Candy.

"Tadalafil adalah ubat terkawal yang digunakan dalam merawat pesakit mengalami masalah erectile dysfunction (mati pucuk). 

"Ubat ini hanya boleh diberikan kepada pesakit di bawah pemantauan ahli profesional kesihatan berdaftar. 

"Penyalahgunaan tadalafil tanpa pengawasan boleh menyebabkan komplikasi pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat yang berbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan serangan jantung," jelasnya.

Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan larangan mengimport produk berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Amaran turut diberikan kepada mana-mana individu yang masih menyimpan stok produk tersebut supaya menghentikan pengedaran dan penjualan termasuk dalam talian.

"Tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 di mana jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membeli dan memakan produk itu.

"Dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," kata Dr. Noor Hisham.


Kredit foto: Facebook

Difahamkan, produk berbahaya ini dijual secara terbuka kepada orang ramai termasuk kanak-kanak.

Patuhi larangan Kementerian Kesihatan berhubung produk ubat kuat ini untuk mengelakkan kesan sampingan terhadap kesihatan. - CARI

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 20-2-2020 11:38 AM
Dengan budak kecik pun dia jual. Bangang ke apa?
Quote husna_amal 20-2-2020 12:37 PM
bungkusan pun tak macam gula biasa, budak ni selamba badak je makan.
Quote JohnnyLever 20-2-2020 12:42 PM
tadalafil ini bukan adik beradik sildenafil kah?

nak mampus bagi budak2
Quote Ina8895 20-2-2020 01:08 PM
[quote]husna_amal: bungkusan pun tak macam gula biasa, budak ni selamba badak je makan.[/quote
Sapa yang jual kat budak tu?
Quote susukambingbest 20-2-2020 02:19 PM
iol ada dpt whatsap tntg budk tu dlm mggu lpas kot. i ignore je la sbb kdg2 org suka viral yg xbetul. Bila dah kuar brita ni betul la tu. Citenya budk laki tu ada merentas desa esoknya. Dia pun beli kt kedai 2 inggit yg glemer tu coklat ni. Ada dijual trbuka je. Nama mixed fruit. Tulisan bwh tu tulis energy candy. Dia beli 2 paket. Sepeket ada 12biji. Abg dia mkn dua biji n ok xde pape. Adik ni mkn 2 paket trus. Mlmnya nenek dia tgok dia tido mengerekot, xberalih smpai ke pagi. Esoknya air liur dia meleleh, dia jd mcm mamai n sawan. Bwk pegi hspital kena admit wad. Ada lg kanak2 yg admit sbb mkn coklat yg sama.
Quote ladybugz 20-2-2020 02:46 PM
Eco shop kah? Well pls saman eco shop. Its abt time la jgn sesuka hati ambik makanan dr china
Quote duri_durians 20-2-2020 03:13 PM
susukambingbest replied at 20-2-2020 02:19 PM
iol ada dpt whatsap tntg budk tu dlm mggu lpas kot. i ignore je la sbb kdg2 org suka viral yg xbetul ...

makan 2 paket maksudnya 24 bijik ke???

astaga nasib baik umur mu masih panjang nak...

saman sape yg jual ni secara terbuka.
Quote biozipstar 18-3-2020 07:19 PM
asal ubat kuat je namanya Ali. ejen Ali pun orang yg kuat. kenapa Ali disamakan dgn kuat benda gini?? tapaham aku
Quote sepetnov 28-3-2020 03:29 PM
adakah candy ni ada bau? i mean bau mcm something yg herbs?

i am curious dgn bau yg ada kat adik i.
it seems like bau curut, tp mcm bukan.

i baru terfikir nak tanya kat sini, setelah lama dilema sendirian. sigh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.132666 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top