CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

#Roadtojannah Ke Road To Hell Kalau Semua Kerja Isteri Yang Buat?

20-2-2020 10:48 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9855| Komen: 42



Dengan tiba-tiba trending hashtag Road To Jannah di Facebook. Sana sini rata-rata menggunakannya bagi menyampaikan maksud jalan ke syurga itu dengan cara sinis. 

Lebih ramai wanita yang 'membawang' bahawa #roadtojannah itu sebenarnya hanyalah merajakan suami sementara si isteri pula 'hamba' yang membuat segala kerja rumah walaupun dia sendiri bekerja.

Bermula dengan status Nur Khairunisa yang memberi tip untuk mengendalikan rumah tangga sebaik pulang kerja hinggalah tengah malam mengundang amarah warganet. 

FB


Manakan tidak, dengan menguruskan anak, memasak, membasuh pinggan hinggalah makan pada lewat malam semuanya dilakukan isteri seorang diri adalah tip yang didakwa membinasakan diri.


Fb

Ada juga yang memberi pendapat tip tersebut bagus  tetapi tidak sesuai diamalkan oleh semua isteri. Ini kerana beban yang terpaksa di tanggung di tempat kerja kemudiannya bersambung di rumah bukan calang-calang. Silap-silap isteri pula yang dilanda kemurungan. 



Bagaimanapun, pemilik status tersebut akhirnya memberikan kenyataan bahawa wanita tidak perlu bersetuju dengan tip yang diberikan. Setiap orang berbeza kepercayaannya dan tiada masalah untuk tidak bersetuju, asalkan setiap insan tetap mahu ke syurga. 



Jadi, anda suami isteri pula bagaimana? - CARI 


3

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 20-2-2020 11:02 AM
#RoadToHospitalPermai lah nampaknya dek..
Quote saviour_09 20-2-2020 11:09 AM
i'm agree to disagree
Quote nuno 20-2-2020 11:14 AM
dia kejar syurga dan dia sayang suami dia kerana allah apa yang salah?
korang bukan dapat laki macam firaun pun relax sudah, macam la syurga tu senang masuk

ramai lelaki yang telah mencapai kesempurnaan tetapi tidak ramai daripada kalangan wanita kecuali maryam dan asiyah

ada hadith mengatakan empat

semoga Allah memberkati wanita muslimah yang memperjuangkan ketaatan kerana Allah…

zaman sekarang wanita pun dah boleh buat itu ni, rasa hormat kat lelaki pun dah makin kurang, nasib korang la dapat lelaki yang tak dapat bimbing (laki gak salah)

Quote husna_amal 20-2-2020 11:36 AM
Tak kisahla isteri bekerja atau tidak, rumah tangga haruslah diuruskan bersama. Baik cari orang gaji je kalau layan isteri macam pembantu rumah. Sebagai pengajaran, mak bapak kena didik anak dari kecil untuk bersama uruskan rumah dan jadi orang yang bertanggungjawab. Nanti dah kahwin masing2 dah pandai dengan peranan masing2.
Quote cikatilia 20-2-2020 11:52 AM
semua nak on time
masa bini sibuk pung pang pung pang masak bagai
laki dia buat apa????
halla hallaaaa
Quote eyansss 20-2-2020 11:55 AM
perubahan bermula daripada rumah...  kalau mentaliti macam ni diteruskan dan siap diwar2kan, akan merosakkan generasi kita sehingga masa akan datang...  and it will makes our world makin teruk...  mindset melayu yang cam haramjadah yang ada sekarang pun dah teruk, can u imagine kalau anak2 kita dibrainwash dengan amalan yang tak betul...

sila buat tanggungjawab masing2 mengikut anjuran islam...  bukan ikut agama melayu ye...
Quote Artemesiaa 20-2-2020 11:56 AM
Nak semua tersedia tak perlu ada bini yang berkerja.  Tak pun sediakan bibik amah pembantu rumah kalau perasan nak jadi tuan.
Quote shark_eow7 20-2-2020 12:09 PM
Artemesiaa replied at 20-2-2020 11:56 AM
Nak semua tersedia tak perlu ada bini yang berkerja.  Tak pun sediakan bibik amah pembantu rumah kal ...

kerja sama sama, jimak sama sama, jalan sama sama, pastu bab makan, kerja rumah, jaga hempuk atas bini sorang. i am speechlesss.. terfikir kalau dia penat uruskan semua tu. then laki dia xdapat layanan istimewa atas katil, agak2 laki dia guna tak alasan tu nak kawen lain?
Quote Artemesiaa 20-2-2020 12:14 PM
shark_eow7 replied at 20-2-2020 12:09 PM
kerja sama sama, jimak sama sama, jalan sama sama, pastu bab makan, kerja rumah, jaga hempuk atas  ...

Bab tu berbalik pada individu tu sendiri kalau dia jenis suka berbini sorang jadi sorang tu ler sampai bila2 walau macam mana keadaannya tapi kalau jenis yang suka berbini banyak baik macam mana pun tetap dia akan berbini banyak tak kira apa alasannya.
Quote shark_eow7 20-2-2020 12:18 PM
Artemesiaa replied at 20-2-2020 12:14 PM
Bab tu berbalik pada individu tu sendiri kalau dia jenis suka berbini sorang jadi sorang tu ler sa ...

abang saya 4 orang kawen 2.. alasan anak, alasan bini tak serve. jenis pentingkan benda bawah perut. skrg sume pakat2 jemaah menyesal. haaa puas hati rasa bila boleh bahasakan balik masing masing.. ada yg cerai hidup, ada yg cerai mati. balik ke sorang 1 je bini..
Quote Bholatchomel 20-2-2020 01:05 PM
sebab ramai perempuan yang masih mentaliti macam lah yg buat orang perempuan mudah diperkotak- katikkan.
ko kerja tuk apa tuk tolong perbelanjaan keluargakan. so sama2lah bertanggung jawab dalam penyelangaraan rumah tangga. jangan lah penting kan diri..

Quote Carcosa 20-2-2020 01:12 PM
Muka kau mmg sesuai jadi hamba abdi, kak oii
Time aku mandi sengsorang, itu sacred time aku. No husband and no daughter! And i will take my own sweet time!!! Kalau mandi pun kena 5 minit, apa road to jannah nye??
But then again, as i said, muka ko ni kak, mmg shesuaiiii jadi muka hamba abdi. Muka batak asal berlaki. Sedeyyyyy!!!
Quote ennai83 20-2-2020 01:16 PM
erm maybe pon kena 5 minit. no me time at all
Quote Ladybird910 20-2-2020 01:24 PM
Edited by Ladybird910 at 20-2-2020 01:28 PM

Maaf ckp..dlm islam itu ajar bersifat ihsan pada isteri..

Yes mmg isteri nabi ckp klu blh sujud kt kaki suami..tp jenis laki guane?

Ive seen with my own bare eyes la perempuan yg buat even more than this nisa ni ended up diceraikan dan dicurangi just because the wife dont want to take more loan for the husband..tak mahu dipergunakan lagi..

Nafkah ank 4+1 isteri..hanya 200@300 sebulan..this was in 1980an till 2010. Rate masih sama and kadang2 xbayar pon..so ingat cukup???kos majlis kawen pon all the wife tanggung kos..dia just bagi mahar rm25 je..ini sahaja ya..

Wife jenis xbebel and bagi kebebasan kt laki sepenuhnya pon ended up dibalas tuba..so dont talk about nak merajakan lelaki..He needs to earn that first..

Quote Ladybird910 20-2-2020 01:27 PM
Carcosa replied at 20-2-2020 01:12 PM
Muka kau mmg sesuai jadi hamba abdi, kak oii
Time aku mandi sengsorang, itu sacred time aku. No hus ...

Mmg ade inferior bila laki berjenis sikit dr bini..tgk muka(sorry bkn nak kecam tp mmg la buat semua..sbb tgk si somi helok skit dr dia)

Hmm elok skit de dia je pon..bkn dr org len..haha
Quote alaa 20-2-2020 01:34 PM
i sungguh tak sokong jenis nak merajakan laki ni.

kerja sama2, dua2 carik duit tolong ringankan beban rumahtangga. kenapa bab kerja rumah, jaga anak2, jatuh kat bini sorang?

bini pun.. please lah. jangan jadi hamba abdi. yes, road to jannah tu aku paham la ko nak pahala lebih. tapi jangan sampai dihamba abdikan. eh lepas makan pun nak kena mintak anak2 yg pergi kat ayahnya. ayahnya buat apa. goyang tilur saja kah?

muak.
Quote zarul427 20-2-2020 01:36 PM

ni suma ni gol tgk cita melaku kul 7pm
mmg xde bt punya sbb ckp dlm socmed bole laa


regards
Quote Sangkar_Emas7 20-2-2020 02:11 PM
Kalau laki tu tak kerje...tp semua bini kene buat jugak...

#ROADTOJANNAH jugak ke?
Quote fishcracker 20-2-2020 02:38 PM
Hape yang penting???? Kerjaaaaaaasama!

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.217463 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top