CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dayana Amerda Tuntut Naim Daniel Jujur, Bagi Masa Seminggu Buat Pengakuan

20-2-2020 09:56 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 30742| Komen: 186|Original author: Oleh: rikuren

Kredit foto: Instagram Naim Daniel & Gempak


Lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K telah dinobatkan sebagai Juara Lagu pada AJL34.

Sebelum ini, pernah kecoh bahawa lagu Sumpah dikatakan dihasilkan bersama dengan bekas kekasihnya, Dayana Amerda. 

Isu pertikaian hak cipta lagu ini tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu berkenaan dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka.


Kredit foto: Gempak

Terbaru, Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah, 21, dalam satu sidang media yang diadakan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor menuntut hak cipta bersama lagu Sumpah tersebut.


Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa ia tidak melibatkan isu wang ringgit, sebaliknya tuntutan itu dibuat atas dasar hak semata-semata.



"Saya tak nak duit, apa yang saya mahukan hanyalah kejujuran daripadanya. Tapi, kalau contoh dia daftarkan nama saya, secara tak langsung memang saya dapatlah royalti itu. Royalti tu nombor dua," katanya yang dipetik dari Gempak.

Naim diberi tempoh seminggu untuk membuat pengakuan secara terbuka bahawa lagu itu merupakan karya ciptaan bersamanya.

"Tempoh yang saya bagi selama seminggu untuk dia tampil membuat pengakuan.

"Tak kisahlah dalam bentuk video ke, sidang media ke. Cuma pihak kami berlapang dada jika dia mahu berjumpa bagi berbincang hal ini secara terperinci," katanya.

Hadir sama, ibu Dayana, Che Rohaida Che Daud dan pengerusi Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abd Majid. Dayana turut diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiar.

Dalam pada itu, Dayana turut memaklumkan bahawa dia mempunyai bukti-bukti kukuh menunjukkan lagu itu diciptanya.

Terdahulu, Naim Daniel menerusi Instagramnya menjelaskan kepada sesiapa yang mahu berkongsi hak cipta dalam sebarang karyanya boleh menghantar email kepada pihak pengurusannya di [email protected] untuk pertimbangan sebaiknya.


Dah lama isu ni berlanjutan. Harap kali ini dapat diselesaikan sebaiknya. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aammyy 19-2-2020 11:39 PM
Edited by aammyy at 19-2-2020 11:40 PM

Terdahulu, sewaktu kemenangan Naim baru2 ni, ramai netizen mengaitkannya dgn ex gf Naim

[twitter]https://twitter.com/IzzadZahari/status/1226542838793396225?s=19[/twitter]

[twitter]https://twitter.com/markpunk95/status/1226542754244644866?s=19[/twitter]
Quote aammyy 19-2-2020 11:44 PM
No wonder ND ada post psl ni

[ig]https://www.instagram.com/p/B8tGSYDhhoC/?igshid=17gr3bbshrzr1[/ig]
Quote RumiMenari 19-2-2020 11:46 PM
Kalau ada hak silalah fight walaupun ambil masa bertahun2
Quote aammyy 19-2-2020 11:55 PM
Ni ada artikel sheolls dah claim dari tahun lepas lagi actually

https://ohbulan.com/lagu-itu-dik ... ter_impression=true
Quote suiskipas 19-2-2020 11:56 PM
Alaaaa....kau dah kawen kot. Let go je la. Kalau aku la, malas nk terkait2 nama dgn ex boipren sbb dh kawen. Lagi plak gaya mcm islamic sgt. Sbb lagu ngetop je ni, cube lagu sendu, takde la kot nk claim2 semua
Quote Fazzbulous 20-2-2020 12:00 AM
aammyy replied at 19-2-2020 11:55 PM
Ni ada artikel sheolls dah claim dari tahun lepas lagi actually

https://ohbulan.com/lagu-itu-dike ...

bukan katanya dah settle kee..tup2 menang ajl..trus claim uollsss..
Quote Fazzbulous 20-2-2020 12:02 AM
suiskipas replied at 19-2-2020 11:56 PM
Alaaaa....kau dah kawen kot. Let go je la. Kalau aku la, malas nk terkait2 nama dgn ex boipren sbb d ...

tu lahh..let it go je laa..klu btol dia rasa dia dianiaya..jgn risau..Allah itu ada..Allah maha adil..berserah je la pada Allah utk menilainya..huhuhuhuhu
Quote suiskipas 20-2-2020 12:07 AM
Fazzbulous replied at 20-2-2020 12:02 AM
tu lahh..let it go je laa..klu btol dia rasa dia dianiaya..jgn risau..Allah itu ada..Allah maha ad ...

Kannn....apa la perasaan laki nye bile bini berkait2 ngan ex gf...
Quote s@me@ne 20-2-2020 12:36 AM
bwahahaha ucapan menang anugerah kemain perli orang suh tulis yang baik2 katanya. rembat karya bersama buat macam hakcipta sdn bhd tu helok sangatlah tu gamaknya. lain kali menang anugerah cakap trime kasih je tak payah nak beria2 keluar kata2 hikmah. last2 berbalik kat diri sendiri
Quote salmon-suki 20-2-2020 12:39 AM
suiskipas replied at 19-2-2020 11:56 PM
Alaaaa....kau dah kawen kot. Let go je la. Kalau aku la, malas nk terkait2 nama dgn ex boipren sbb d ...

Dia nak duit laa tu..lagu tu kan ngetop daa
Quote bluecrystal 20-2-2020 12:39 AM
Kalau kat facebook semua dok menangkan naim ni..susah sangat ke nak bg kredit..dah memang ciptaan bersama pun
Quote immaryjane 20-2-2020 12:57 AM
Dia kate dh settle. Tup tup timbul nk claim balik
Kate tak hadap duit, tp nk sruh daftar nama dia and automatic dpt royalti
Apooo bbual kelly
Quote PintuKayu 20-2-2020 01:01 AM
let go jelah.. sebulan dua lagi lagu ni pun orang akan lupa.. sebab akan sentiasa ada lagu yg lagi topzz..
Quote Orix 20-2-2020 01:09 AM
Bukan dlu kata settle dah ?
Quote RumiMenari 20-2-2020 01:12 AM
Calling for Diva AA utk memberikan sepatah dua makian..
Quote dudaberhias 20-2-2020 01:23 AM
laaa dia ada EX ke? mati2 iolsss ingat dia bottem
Quote kiah_mai_pulak 20-2-2020 01:29 AM
dudaberhias replied at 20-2-2020 01:23 AM
laaa dia ada EX ke? mati2 iolsss ingat dia bottem

nazimah rogayah bungsu vottomiah tu pun boleh berbini, apa lah sangat setakat naim sumpaniah rogoyah bbnu ber-gf.. kosserrrr
Quote adelea 20-2-2020 01:30 AM
s@me@ne replied at 20-2-2020 12:36 AM
bwahahaha ucapan menang anugerah kemain perli orang suh tulis yang baik2 katanya. rembat karya bersa ...

pada pendapat aku klu dah jadik bini org let go je laa

Quote dudaberhias 20-2-2020 01:31 AM
kiah_mai_pulak replied at 20-2-2020 01:29 AM
nazimah rogayah bungsu vottomiah tu pun boleh berbini, apa lah sangat setakat naim sumpaniah rogoy ...

jadi heolsss bakal menonggeng la di malam jumaat... bukan isteri yang menonggeng... nauzubillah min zalik

Lihat semua komen(186)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.042454 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top