Zaman milenium ini pelbagai kaedah digunakan untuk meraih publisiti. Dari video jenaka, berjoget, prank sehinggalah tidak membuat apa-apa pun mampu membuatkan sesebuah video itu tular.
Terbaru, video tidur selama hampir dua jam yang distrim secara langsung oleh seorang pengguna Facebook ini telah ditonton ribuan penonton. Pemuda yang dikenali sebagai AC Hami itu dipercayai berasal dari Kluang, Johor. Menerusi video tersebut, pemuda itu bukan hanya berkongsi aktiviti tidur, malah siap mengajar teknik tidur yang betul. "Tarik nafas sedalamnya, buka mulut dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang tiga kali. "Bila fikiran anda kosong, fikirkan sebuah bentuk empat segi. Kemudian, fikirkan bentuk yang sama berulang kali sehinggalah anda berasa mengantuk," tulisnya. Video berkenaan telah ditonton lebih 60,000 kali dan menerima sebanyak 472 perkongsian. Apa yang menariknya, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan video berkenaan. Namun, tidak kurang juga yang pelik mengapa video berkenaan ditonton oleh ribuan penonton. |
kucingTomey replied at 23-2-2020 05:10 PM
live streaming pertama dalam dunia ni org puteh perempuan kalau x silap saya....dia buat stream 24 j ...
ADVERTISEMENT