Dengan melangkah tahun demi tahun. Isu survival hidup pasti menjadi topik paling hangat dan paling dipertikai apabila orang dulu-dulu suka membandingkan kehidupan mereka dengan kehidupan anak muda sekarang. Perkongsian Ir. Abdul Rahman Bahasa di ruangan Facebook mungkin membuka mata kita tentang hidup zaman ini. Isu survival hidup bukan lah satu topik asing yang nak dibincangkan. Tapi bila aku dengar ada seorang warga pencen berbual sesama mereka semasa beli nasi lemak pagi tadi, membuatkan aku terpanggil untuk menulis posting ini. Jelas di gegendang telinga aku bila terdengar ayat: HERAN AKU DENGAN BUDAK MUDA SEKARANG NI, GAJI DAH RM3K PUN MENGELUH LAGI.AKU DULU TAHUN 80AN???GAJI RM1.5K JE..HIDUP JUGA..DAPAT BELI RUMAH TERES, DAPAT PAKAI KERETA HONDA.DAPAT JUGA MAKAN McDONALDS..BUDAK2 SEKARANG NI MANJA SANGAT!???
Aduh..berdesup menusuk hati bila dengar ayat2 pedih macam tu??? Aku terfikir juga kenapa generasi aku struggle gila nak hidup zaman ni. Betul ke generasi aku ni manja? Ke, kami ni memang tak reti nak survive? Bila aku masuk office, aku muhasabah diri fikirkan balik ayat pakcik tu tadi. Mana silapnya?? So, aku pun buatlah study sikit nak buat comparison.. Tahun 1980an Gaji: RM 1,500 sebulan Rumah Teres setingkat : RM 25,000 (luar Kuala Lumpur) Kereta Honda Civic: RM 13,000 Double Cheeseburger: RM2.95 Tahun 2020 Gaji: RM 3,000 sebulan Rumah Teres setingkat : RM 280,000 (luar Kuala Lumpur) Kereta Honda Civic: RM 108,000 Double Cheeseburger: RM9.45 Jom kita compare??? 1. Gaji 2020 vs Gaji 1980an: RM 3,000 / RM 1,500 Result = Kenaikan 2x ganda 2. Rumah 2020 vs Rumah 1980an RM 280,000 / RM 25,000 Result = Kenaikan 11x ganda!! 3. Kereta Honda Civic 2020 vs Kereta Honda Civic 1980an RM 108,000 / RM 13,000 Result = Kenaikan 8.3x ganda!! 4. Double Cheeseburger 2020 vs Double Cheeseburger 1980an RM 9.45 / RM 2.95 Result = Kenaikan 3.2x ganda!! Yes, nampak macam best. Nilai gaji naik 2x ganda. TETAPI, generasi hari ni.. • Kalau nak beli rumah teres setingkat di luar Kuala Lumpur. Kena usaha 11x ganda lebih dari orang kerja tahun 80an. • Kalau nak beli Honda Civic. Kena usaha 8.3x ganda lebih dari orang kerja tahun 80an. • Kalau nak makan Double Cheeseburger. Kena usaha 3.2x ganda lebih dari orang kerja tahun 80an. Standard masa kerja tahun 80an dengan tahun 2020 sama je 8 jam..Tak berubah2.. So, kepada Pakcik tadi. Adakah ini bermaksud kami generasi muda.. • Kena kerja 88jam sehari (8 jam x 11 kali ganda) supaya kami dapat beli rumah teres setingkat? • Kena kerja 66.4jam sehari (8 jam x 8.3 kali ganda) supaya kami dapat beli Honda Civic? • Kena kerja 25.6jam sehari (8 jam x 3.2 kali ganda) supaya kami dapat makan Double Cheeseburger McD? Macam mustahil je Pakcik???setiap orang ada masa 24jam je sehari. Ok lah Pakcik..To be fair? Wife saya pun kerja..Saya ada 24jam, wife saya 24jam? so, keluarga saya ada 48 jam sehari. Eh? Nak beli Honda Civic pun tak lepas lah Pakcik..Sebab nak beli Honda Civic kena kerja 66.4jam sehari! Lepas tu mesti Pakcik cakap, "Dah tau tak mampu. Kenapa nak beli rumah teres? Kenapa nak pakai Honda Civic?" Baik Pakcik.. Saya ubah lifestyle saya.. RUMAH TAK MAMPU beli rumah landed macam Pakcik.. Beli PPR je lah..RM35,000 (Itu pun kalau dapat bila apply). Dulu Pakcik beli rumah teres RM25,000 kan? So, RM 35,000 / RM 25,000 Result = Kenaikan 1.4x ganda KERETA Pakai Axia 2nd hand je lah RM 25,000. Dulu Pakcik pakai Honda Civic harganya RM13,000 kan? So, RM 25,000 / RM 13,000 Result = Kenaikan 1.9x ganda. McD? tak yah makan lah.. TAK MAMPU.. Make senselah kot nampaknya.. Kata orang, ukur baju di badan sendiri kan.. Tapi pelik ye? Gaji naik 2x ganda tapi lifestyle saya tak sama ngn Pakcik dulu2. Tu tak masuk lagi cerita belanja harian. Belanja nak membesarkan anak..belanja bayar PTPTN, MARA.. Hairan saya Pakcik. So, apa isu yang sebenarnya? Generasi saya ni MANJA ATAU KUASA BELI KITA YANG BERKURANG Pakcik? Fikirkanlah. Moga bermanfaat.- CARI |
husna_amal replied at 20-2-2020 12:18 PM
hidup zaman sekarang ni belanje ikut kemampuan je lah. elakkan berhutang. tengok banyak mengeluh seb ...
ctaz replied at 20-2-2020 12:30 PM
apa ke bangang nak sama kan tahun 2020 dgn tahn 80...
dulu tahun 80 nasi lemak biasa 2 kupang...
s ...
ADVERTISEMENT