Masih lagi berkisar tentang kisah seorang doktor yang dikatakan menengking pesakitnya yang tular di media sosial baru-baru ini. Tidak mahu memburukkan lagi keadaan, seorang pengguna Twitter tampil menerusi satu hantaran yang menceritakan bagaimana dia mendapat layanan yang sangat baik daripada doktor itu.
“Masa tu aku pergi KK Seremban sebab demam teruk. Kebetulan pagi tu sistem nombor bermasalah. Doktor terpaksa jerit panggil nombor giliran. Waktu doktor ni panggil, suara dia seriau dengar,” katanya. Ujarnya lagi, dia sudah berasa takut dengan situasi itu memandangkan cara doktor memanggilnya dengan cara menjerit. Namun, sebaliknya terjadi apabila dia mula berhadapan dengan doktor itu sendiri. “Bila nombor aku dipanggil, aku jalan menuju ke bilik sambil dalam hati dok kata harap-harap doktor lain. Aku ketuk pintu dan ucap selamat pagi. Sekali terkejut sebab doktor itu. “Bila aku dah ucap selamat pagi tu, dia jawab dengan nada suara yang bukan macam dia panggil nombor tadi. Aku terkejutlah. Kemudian dia tanya sakit apa. Aku terangkan semuanya jadi dia suruh ambil ujian darah. Dia cakap baik-baik je,” katanya. Nyata, ia cerita berbeza daripada apa yang ditularkan oleh pengguna lain sebelum ini. Malah, di ruangan komen ada yang turut berkongsi kisah bagaimana doktor Cina tersebut begitu baik dalam menjalankan tugas. Mereka juga mengandaikan ada 'kisah' lain di sebalik mengapa doktor itu naik angin sebelum ini. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
munchkin replied at 20-2-2020 01:59 PM
He was attending to emergency case. Dog bite. Depa kata kena buat report ke veterinar ke macam ntah. ...
shernazz replied at 20-2-2020 02:14 PM
Ooo itu ke cerita sebenarnya..
Tapi yang salah ubat tu mcamna.plak?
Katanya diberi ubat cirit
munchkin replied at 20-2-2020 02:36 PM
Itu dah salah lah.
Tapi dia tengah attending emergency case. Tunggulah sekejap. Dia pun kata a ...
munchkin replied at 20-2-2020 01:59 PM
He was attending to emergency case. Dog bite. Depa kata kena buat report ke veterinar ke macam ntah. ...
AbukRokok replied at 20-2-2020 02:46 PM
takut sgt nak sebut keling
tah apa yg dia takut sgt ntah
padahal senang je nak sebut
sharlenetexas replied at 20-2-2020 02:47 PM
Doktor zaman mak bapak aku lagilah mulut hansuang. "Kenapa datang klinik? Tak tunggu mati dulu." Cum ...
ladybugz replied at 20-2-2020 06:56 AM
So far, pengalaman i yg berulang alik regularly kat klinik kesihatan mmg sgt baik dr segi layanan do ...
shernazz replied at 20-2-2020 02:14 PM
Ooo itu ke cerita sebenarnya..
Tapi yang salah ubat tu mcamna.plak?
Katanya diberi ubat cirit
ADVERTISEMENT