Pelbagai cara dilakukan oleh Instafamous bagi mengisi content atau isi kandungan media sosial mereka bagi tatapan para pengikut. Yang pasti, tak boleh kalah lagaknya. Begitulah yang dilakukan oleh seorang Instafamous dari Amerika Syarikat, Natalia Taylor apabila dia berkongsi gambar kononnya sedang berada di percutian glamor di Bali, Indonesia.
Sedangkan, sebenarnya dia langsung tidak menjejakkan kaki ke pulau tersebut. Apa yang dilakukan ialah bergambar di sebuah gedung Ikea tidak jauh dari rumahnya. Memetik laporan Daily Star, wanita ini melakukan dengan begitu detail untuk meyakinkan kira-kira 300,000 pengikutnya. Namun, meskipun terdapat tanda harga di beberapa barangan dalam gambar tersebut, hanya beberapa orang sahaja menyedari hal tersebut.
Akhirnya, wanita ini tampil dengan sebuah video dan membuat pengakuan terhadap perkara sebenar. "Ramai Instafamous yang kantoi dalam gambar mereka. "Melalui suntingan, mereka dapat kelihatan di sebuah tempat yang langsung mereka tidak pergi. "Saya mahu menguji pengikut saya sama ada mereka sedar saya pun berlakon berada di tempat lain." "Tujuan video ini adalah bagi menjelaskan kepada orang ramai betapa mudahnya memperdaya orang lain supaya berfikir tentang siapa kita walaupun itu sebenarnya bukan diri kita." Apa pula pendapat anda? - CARI
|
sarah82: Awat aku x nampak price tag?
ADVERTISEMENT