Kredit foto: Instagram Rihana Petra Diam tak diam sudah 9 bulan usia si comel, Tengku Ismail Leon Petra, anak kesayangan Rihana Oksana. Keletah dan gambarnya sering ditunggu oleh pengikut instagram Rihana Oksana yang berjumlah seramai 606,000 orang. Kredit foto: Instagram Ismail Leon Petra Semalam, Rihana telah memaparkan beberapa keping gambar terbaru Tengku Ismail Leon dengan kenyataan "Leon telah pun berusia 9 bulan dan saya serius memikirkan untuk menghantar dia ke kelab perkembangan untuk kanak kanak. Dia telah pun mula berdiri secara yakin, tau untuk mengangguk kepala , memberi respon apabila mendengar nama dan hampir belajar untuk menepuk tangan...kepada pengikut pengikut, boleh kongsi pengalaman jika anda pernah menghantar anak ke kelab perkembangan kanak kanak? Apakah langkah terbaik untuk saya mulakan dulu?"
Kredit foto: Instagram Ismail Leon Petra Nampaknya Rihana masih ramai pengikut setia instagram dari kalangan rakyat Malaysia dan rata rata memberikan komen positif dan menyatakan betapa comel dan kacak Tengku Ismail Leon kini. Ada juga antara komen yang menyebut saling tak tumpah seperti ayahnya. Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat Tengku Ismail Leon masih terlalu kecil untuk pergi ke kelab atau sekolah perkembangan kanak kanak dan seharusnya menghabiskan masa yang lebih dengan keluarga sendiri. Sebagai anak tunggal, sudah semestinya Rihana Oksana mahukan yang terbaik untuk anaknya, Tengku Ismail Leon. Lebih lebih lagi sekarang sudah banyak kelab atau sekolah perkembangan awal kanak kanak (early childhood development) yang menawarkan servis terbaik. Kalau mampu apa salahnya. Apa pendapat anda? |
makita replied at 29-2-2020 10:53 AM
Nama dia mmg dlm surat beranak ada tengku ke. Pandai jugak Oxsana ni bg nama anak. Kira dia buat res ...
makita: Nama dia mmg dlm surat beranak ada tengku ke. Pandai jugak Oxsana ni bg nama anak. Kira dia buat research gak la.
ADVERTISEMENT