Seorang petani di Paarasalai, selatan India terkejut besar apabila salah seekor lembu betina yang diternaknya melahirkan anak lembu berkepala dua baru-baru ini. Memetik laporan Mirror, anak lembu yang dipelihara Bhaskar itu juga mempunyai empat mata dan dua mulut. Namun, haiwan ganjil tersebut hanya mempunyai sepasang telinga. Memandangkan anak lembu itu ada dua lidah, ia tidak berupaya meminum susu seperti lembu yang normal. Keadaan itu menyebabkan Bhaskar terpaksa memberinya minum susu dari botol setiap hari. Setakat ini, kedua-dua lembu betina dan anaknya berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun, nasib anak lembu berkepala dua itu pada masa akan datang tidak dapat ditentukan. Lazimnya, haiwan seperti lembu, ular, ikan jerung, penyu dan udang yang dilahirkan dengan bicephaly tidak mampu hidup lama. Pada Julai tahun lalu, seekor anak penyu hijau berkepala dua yang menetas di Pulau Mabul, Sabah mati dalam masa 72 jam kemudian. - CARI
|
ADVERTISEMENT