CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sampai Sekilo, Krew MAS Ini Dipecat Kerana Terlebih Berat

23-2-2020 11:13 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 18294| Komen: 92|Original author: Oleh: intan

Gempar seketika apabila Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) mula bersuara gara-gara pemecatan seorang kru syarikat penerbangan dari Malaysia Airlines kerana berat badannya terlebih 700 gram, lapor Free Malaysia Today.



Kredit foto: Carian Google

Ina Meleisa Hassim yang merupakan penyelia penerbangan tampil memfailkan kes terhadap Malaysia Airlines pada September 2017 atas alasan pemecatan yang salah. 

Pada jumaat lalu, Mahkamah Perusahaan memutuskan untuk memihak kepada syarikat penerbangan negara terbabit.

"Keadilan dan hak asasi manusia 'mati' sekali lagi."

"Di manakah keadilan yang negara promosikan melalui perlembagaan kita?"

Ina berkata bahawa kemenangan kes itu mungkin kejayaan buat MAB dan beberapa syarikat penerbangan yang berhasrat membuang pekerja mereka yang tua dan lembab, tetapi perkara itu tidak akan menghalang Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) daripada terus mengkritik dan mengutuk penganiayaan terhadap kru kabin.



Kredit foto: Facebook Fly Guy

Kredit foto: Carian Google

Dalam keputusan Mahkamah Perusahaan, pengerusinya, Syed Noh Said Nazir berkata syarikat penerbangan telah membuktikan 'keberangkalian kemungkinan' pemecatan itu hanya dengan sebab atau alasan.

Ina dikatakan dipecat kerana berkali-kali gagal memenuhi keperluan berat badan ideal MAS di bawah program pengurusan berat badan selama 18 bulan. MAS didakwa bertindak sedemikian kerana ingin mengekalkan imejnya sebagai syarikat penerbangan premium.

Beliau yang berketinggian 160 sentimeter hanya dibenarkan mempunyai berat maksimum sebanyak 61 kilogram, namun ketika dicatat pada 10 April 2017, berat badannya meningkat sebanyak 0.7kg.

Adakah kemenangan syarikat penerbangan ini boleh diklasifikasikan sebagai diskriminasi? Apa pendapat anda? - CARI
1

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • ctcheery


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 23-2-2020 11:20 AM
Kesiannya

Iols mmg suke pramugari dorg
Nak2 time dorg berjalan langkah besar2

Oh indah sungguh panorama bagai bunga diwarna
Olalaa tropika
Quote cmf_premierleag 23-2-2020 11:24 AM
kalo yg dh berumur lebih 30s kesian la sbb metabolism rate dh turun
tp tgk yutiub zarul umbrella, gaji FA ni ciput2 jah,harap glemer je...so baiklah pi cari keje lain
Quote MissVixen 23-2-2020 11:39 AM
Edited by MissVixen at 23-2-2020 04:29 PM

Klm tu banyak pangkat opah2 pun boleh berkhidmat dengan baik. Kalau badan kurus tapi senyuman pun kurang, apa gunanya. Tenaga pun takde nak layan orang.  700grams tu nampak ke kalau naik pun? Entah2 itu berat air yang dia minum sebelum kena timbang.
Quote puracendana 23-2-2020 11:40 AM
cmf_premierleag replied at 23-2-2020 11:24 AM
kalo yg dh berumur lebih 30s kesian la sbb metabolism rate dh turun
tp tgk yutiub zarul umbrella, g ...

Basic mmg sikit uols tak sampai 2K
Tapi bila fly elaun memacam ada .. gaji pon cecah 10K lagi2 yg fly international route
Quote Ferr_Remy 23-2-2020 11:40 AM
Waktu naik Lufthansa aritu... Rileks2 je pramugara pramugari die tua2, gemuk.. Rileks2 jer. Nape eh Malaysia batak sgt nak yg kurus2 muda2 tp kalau lelaki byk awwww. Klu pompuan plak makeup tebal. Lah3.
Quote ellez 23-2-2020 11:45 AM
Muda2 dulu masa belum kawen penah gi try itvw..baru je ukur berat n tinggi tapi da kene reject sbb iols terlebih 2 cm tinggi..
Tapi syukurlah dgn ketinggian iols bole carik makan dgn cara lain.
Quote mbhcsf 23-2-2020 11:49 AM
kejap , berat badan yg MAS tetapkan ni  memang healthy weight  control ke atau sebaliknya?
if yes - bagilah voucher exercise ke, ape ape seumpamanya?
kalau memang tak ikut MOH atau badan kesihatan yg diiktiraf dunia  well... ini bukan melanggari hak , ke?



macam sesetengah golongan  yg disebut sering megalami eating disorders ialah  mereka dalam high aesthetics performance macam ballet dancers, models etc.
bukan semua tapi  eating disorders ni  didapati highly prevalent dalam kalangan sesuatu kelompok pekerjaan.
Quote JohnnyLever 23-2-2020 11:53 AM
mengapa perlu pramugari yang kononnya pegawai keselamatan di dalam kapal terbang memakai pakaian yang ketat untuk tujuan kecantikan, tugas mereka untuk keselamatan bukan untuk tujuan yang merendahkan maruah mereka. Apa guna bayar gaji mahal kepada mereka ini? sekadar menayangkan kecantikan? adakah kapal terbang boleh terbang lebih tinggi sehingga boleh menentang tarikan gelombang graviti graviton mitos2 sains dengan pramugari cantik2 ini?
Quote mbhcsf 23-2-2020 12:01 PM
JohnnyLever replied at 23-2-2020 11:53 AM
mengapa perlu pramugari yang kononnya pegawai keselamatan di dalam kapal terbang memakai pakaian yan ...

kenapa golongan feminist  tak juangkan hak hak yg mempertahankan martabat imej wanita?

sedangkan sekarang ni film2 james bond ke what not dah mula mengurangkan penonjolan wanta sebagai objek intimasi dan dah mula buat polisi ' me too policy , kan?

so ....bila mai bab bab kahwin awal lah , aurat lah etc , khatan lah cepat je
bila mai bab bab ni depa diammmmmmmm, ke?

ini persoalan.
Quote Themilo 23-2-2020 12:01 PM
pernah baca kat thread mana ntah dulu, kalau FA AA yang jantan, masing-masing persis rempit & ada pulak yang kelempuk spesis ketawa siap tutup-tutup mulut..
Quote JohnnyLever 23-2-2020 12:09 PM
mbhcsf replied at 23-2-2020 12:01 PM
kenapa golongan feminist  tak juangkan hak hak yg mempertahankan martabat imej wanita?

sedangka ...

betul tu, pelik, tidak salah orang perempuan bekerja, ada yang jadi askar, polis, bomba, lihat pakaian mereka, adakah pakaian uniform mereka pelu kelihatan menjaga maruah mereka, tetapi kenapa kerja menjadi seorang pramugari yang dikatakan sebagai pegawai keselamatan di dalam kapal terbang perlu memakai pakaian yang tidak sesuai tengan tujuan keselamatan tetapi secara terangan dilihat memperdagangkan kecantikan mereka untuk gaji bulanan.

bertambah pelik feminis tidak pernah kisah memperjuangkan wanita2 yang telah terjerumus dengan pelacuran, di mana tindakan mereka membawa mereka keluar, tetapi mereka sering memainkan permainan "blame game" iaitu menyalahkan orang lain.

lagi pelik feminis sibuk memperjuangkan golongan LoronGBuaTan, tidak kah mereka membela kaum wanita yang tidak selesa tubuh mereka dilihat oleh golongan LoronGBuaTan sehinga ada usaha membenarkan mereka menggunakan tandas wanita?

agak kelakar bila saudari menyentuh isu aurat, sejak akhir2 ini ada tafsiran baru oleh warga saintifik, liberal yang kononnya lebih ahli dan lebih arif mengenai tafsiran Quran sedangkan mereka sendiri bukanlah seorang yang pernah khatam dan hafaz Quran, pelik tafsiran mereka, kepelikan itu timbul jika kita gunakan metodologi tafsiran mereka kepada dalil memakai tudung, kononnya tutup dada sahaja, dada itu aurat, kalau begitu saya pun boleh tafsirkan, tutup dada sahaja, benda lain tidak payah tutup, sebab tak nampak dalil bahagian lain perlu ditutup. tafsiran ini amat sesuai dengan metodologi mereka yang kononnya hanya menggunakan dalil aqli atau akal tanpa menerima dalil daripada Hadith.
Quote sukacactus 23-2-2020 12:33 PM
Ada tengok video FA MAS, dengan kebaya terbelah tu, hujung2 kain belah tu tarik ke ats, sampai pinggang, lepas tu ikat
So lps tu mudah la bergerak nak turun slide bila ada kecemasan
Quote rosasen 23-2-2020 12:55 PM
MissVixen replied at 23-2-2020 11:39 AM
Klm tu banyak pangkat opah2 pun boleh berkhidmat dengan baik. Kalau badan kurus tapi senyuman pun ku ...

bukan 0.7gram tp 0.7 kg = 700gram.. byk tu.. dah nak dekat sekilo...
Quote Kurex 23-2-2020 01:04 PM
ok....... kena kurus
Quote sub5zero 23-2-2020 01:11 PM
MissVixen replied at 23-2-2020 11:39 AM
Klm tu banyak pangkat opah2 pun boleh berkhidmat dengan baik. Kalau badan kurus tapi senyuman pun ku ...

hellio makcik... 0.7 gram tu berat panties dia... skrg berat dia 0.7 kg dah dekat 1 kilo.  klau suma fa naik berkilo2 ada efek kt kos bahanapi katebang.... dah la mas manjang rugi jerr
Quote sub5zero 23-2-2020 01:18 PM
JohnnyLever replied at 23-2-2020 11:53 AM
mengapa perlu pramugari yang kononnya pegawai keselamatan di dalam kapal terbang memakai pakaian yan ...

tu namanya kuasa wanita,  hang bayangkan nak beli tayar traktor pun kena letak gambar pompuan pakai 2 pc baru orang nk beli, cer letak gambar ahso agak2 diorg nak x?   aritu x ingat ada 1 company katebang tu suma pramugari di bugil x pakai selai benang pun
Quote insulin 23-2-2020 01:29 PM
ellez replied at 23-2-2020 11:45 AM
Muda2 dulu masa belum kawen penah gi try itvw..baru je ukur berat n tinggi tapi da kene reject sbb i ...

Xtau pula yang kalau perempuan terlebih tinggi pun boleh kena reject.

Ingatkan yang rendah je akan disqualified.



Quote JohnnyLever 23-2-2020 01:32 PM
sub5zero replied at 23-2-2020 01:18 PM
tu namanya kuasa wanita,  hang bayangkan nak beli tayar traktor pun kena letak gambar pompuan paka ...

apabila kita suarakan pendapat kita yang juga memihak kepada wanita dari aspek memelihara kehormatan dan maruah mereka, kita dikatakan kolot dan cuba membendung kemajuan wanita. kemajuan wanita bukanlah pada memperdagangkan kecantikan mereka semata mata, tapi daripada aspek sumbangan mereka dalam ekonomi, pendidikan, keselamatan negara, dan juga sebagai ibu kepada anak2 kita, aku lebih suka menyanjung wanita dan mengangkat mereka sebagai wira kepada keselamatan, pendidikan, ekonomi, pendidikan, dan ikon penyayang berbanding mereka diangkat sebagai wira memperdagangkan kecantikan mereka bagi tujuan komersil, melariskan sesuatu berlabelkan simbol seks seperti yang saudara terangkan dan/atau memperdagangkan tubuh mereka untuk tujuan seks haram yang mendorong kepada persundalan dan merendahkan martabat wanita dalam kalangan masyarakat.
Quote lwyl 23-2-2020 01:56 PM
160 cm, berat maksimum 61kg. Doable.

700 gram memang kamu cakap tak banyak tapi bagi orang yang jaga diet 700 gram itu sangat menakutkan. Anytime boleh over 1kg dan akan terus naik kalau tak jaga.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.364320 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top