CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 9 Tahun Merayu Dibunuh Kerana Tak Tahan Dibuli Sebab Kerdil

21-2-2020 02:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15684| Komen: 145

Ibu mana tidak luluh hatinya apabila anak menjadi mangsa buli. Lebih menyedihkan apabila kanak-kanak berusia sembilan tahun tidak tahan dibuli di sekolah 'merayu dirinya dibunuh'.

The Sun melaporkan, Yarraka Bayles, ibu kepada Quaden dari Brisbane, Australia merayu kepada ibu bapa supaya memberi kesedaran kepada anak mereka mengenai kesan perbuatan buli.



Kredit foto: The Sun/FB

Menerusi video dimuat naik di Facebook Yarraka, kanak-kanak itu kelihatan begitu kecewa dengan hidupnya dan berharap seseorang membunuhnya.

Difahamkan, Yarraka baru mengambil anaknya pulang dari sekolah dan terkejut apabila mendapat tahu Quaden menjadi mangsa buli di sekolah kerana bentuk fizikalnya.


Kredit foto: The Sun/FB


Menerusi video itu, kedengaran suaranya yang berang memberi amaran kepada ibu bapa mengenai kesan buli.

"Inilah kesan buli terhadap kanak-kanak berusia sembilan tahun yang hanya mahu ke sekolah untuk menuntut ilmu dan berseronok di zaman kanak-kanaknya.

"Malangnya, ada saja perkara buruk berlaku setiap hari. Dia selalu dibuli, diejek dan dihina," katanya.


Loading FB Post...

Yarraka mendakwa dia melihat seorang budak lelaki menepuk kepala anaknya dan mengejek dirinya yang kerdil.

"Saya hanya mahu semua orang tahu betapa sakitnya hati kami sekeluarga apabila anak sendiri hendak membunuh diri selepas dihina dan dikeji di sekolah mahupun di kawasan awam.

"Selama ini saya hanya berdiam diri, tetapi kali ini saya sudah tidak tahan lagi," ujarnya. - CARI

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Victorioussss 21-2-2020 02:46 PM
Allahu..sebak hati iols tgk budak ni
Be strong
Quote ashilalat 21-2-2020 02:46 PM
Loh...ingatkan negara omputih sangat bertamadun dan x de kes buli2 neh.
Quote dua_chzy 21-2-2020 02:50 PM
ashilalat replied at 21-2-2020 02:46 PM
Loh...ingatkan negara omputih sangat bertamadun dan x de kes buli2 neh.

Tengok negara la. Negara2 Scandinavia mungkin kurang la kes buli. Jika Amerika pujaan ummah, rampant jah.
Quote gummiebear 21-2-2020 02:50 PM
Jahatnya dorang sampai a 9 yo kid boleh pikir nak suruh orang bunuh jah dia. Sedihnya
Quote PintuKayu 21-2-2020 02:53 PM
Kejammm gila.. tgk kat twitter mak heols bawak dia p tebuk subang utk happykan dia lepas tu.. teruih nampak happyyy..
Quote husna_amal 21-2-2020 03:06 PM
kesiannya....kat mana2 yang lemah atau kurang selalu sangat jadi mangsa buli tak kira yg membuli tu kanak2 atau orang dewasa.
Quote MadameOnion 21-2-2020 03:07 PM
kesiannya..jangan la kejam sangat
Quote buapakperut 21-2-2020 03:09 PM
kesiannya ko nak.kecik2 dah depression sampai nk suicide. semoga bertabah dapat sokongan org tersayang
Quote elzy 21-2-2020 03:10 PM
Kesian, bukan itu pilihan dia..
Quote LostStar 21-2-2020 03:12 PM
kesiannya.. sedih tengok video ni...
Quote Artemesiaa 21-2-2020 03:12 PM
Itulah manusia kat mana saja tak kira apa agama dan bangsa ada je jenis suka menghina orang lain tapi lupa pada diri sendiri pun banyak kekurangannya.
Quote Delifrance 21-2-2020 03:17 PM
Edited by Delifrance at 21-2-2020 03:19 PM

But he gets to travel to the US and visit Disney! Brad williams set up gofundme page n dah collect more than AUD200k
Quote damsel_fiji 21-2-2020 03:21 PM
sedihnyaa..kalu aku jadi maknya aku homeschoolkan jelah..drpd dibuli budak2 setan kat sekolah
Quote papadomku 21-2-2020 03:22 PM
Allahu sedihnyaaa. Kesiannya anak ni dibuli. Eee.. aku memang menyampah dgn pembuli ni sbb penah kena buli masa sekolah. Aku faham sgt perasaan anak ni. Harap dia kuat semangat.
Quote makita 21-2-2020 03:27 PM
Kesian kan dia nangis2 gitu. Kecik2 lg da rasa tertekan.
Meols rasa geli bila pembuli meols msa sekolah nak add kt fb. Meols accept patu dalam 2 jam meols block. Puas sgt rasanya pdn muka
Quote prettyuglybabe 21-2-2020 03:29 PM
ummah kokesen sanjungan forum..
kasihan dia..
Quote matamata 21-2-2020 03:30 PM
Kalau anak2 kita tergolpng dlm golongan yg membuli budak camni apa perasaan dan tindakan kita... Just curious....
Quote DARSITA 21-2-2020 03:34 PM

Pembuli ni ko cantik jelita ke ko huduh ke ttp kena buli, ko pandai pun kena buli ko buduh pun kena buli, ko asian ke mat salleh ke tetap kena buli.

Quote Gingerly 21-2-2020 03:42 PM
Wow tiba2 wheel of fortune for tis adorable kid!  Bless him, plus fund yg diterima. Semoga dapat mengubati hati yg broken itew..

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.162246 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top