CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mohon Maaf Pada Kakak Ipar, Ali Puteh Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni

22-2-2020 09:39 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 170993| Komen: 1910|Original author: Oleh: Myeonir

Disebabkan kemelut antara isteri Allahyarham Abam dan adik iparnya, Ali Puteh, rata-rata rakyat Malaysia tidak putus-putus mendapatkan kemas kini mengenai kes ini. 

Petang semalam telah berlangsung sidang media yang diadakan Ali bagi menjelaskan segala kontroversi berhubung tuduhan dia mahu membolot harta peninggalan abangnya yang baru seminggu meninggal dunia.



Kredit foto: Blog

Kontroversi ini bermula apabila Ali telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada kakak iparnya, Hidayah menerusi Instagramnya, baru-baru ini. Pelawak itu kemudian telah membuat permohonan maaf kepada isteri arwah abangnya. 

"Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram (IG) saya sebelum ini.

"Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis bukan orang hacked IG saya. Saya memadam posting tersebut selepas ramai yang menelefon dan menasihati saya supaya tidak bertindak melulu.


"Saya terima kesan akibat perbuatan saya itu dengan pelbagai tohman dilemparkan termasuk fitnah. Namun, saya tidak simpan di dalam hati dan memaafkan mereka, katanya kepada Astro Gempak.


Kredit foto: Harian Metro

Ali memberitahu dia akan bertemu dengan Hidayah dalam masa terdekat dan menyelesaikan segala permasalahan sesama keluarga mereka. Dalam pada itu, Ali berkata dia juga bersedia untuk undur dari dunia seni sekiranya rezeki terhenti setakat ini sahaja disebabkan oleh kontroversi tersebut.

"Saya sedia berundur dari dunia seni dan pentas lawak sekiranya tidak diperlukan lagi. Andai rezeki saya terhenti di sini, disebabkan kontroversi ini saya reda. Saya berserah kepada Allah SWT.

"Saya akan fokus menjaga ibu. Lagipun kehadiran saya dalam dunia seni ini bersama arwah Abam. Apalah maknanya tanpa dia di sini bersama saya, katanya lagi.

Harapnya semua selesai dengan baik.  - CARI
4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 22-2-2020 09:46 AM
Sokong .... sila meninggal






Quote kiyudi 22-2-2020 09:48 AM
mohon berundur dr semua lapangan....
Quote shernazz 22-2-2020 09:52 AM
Alhamdulillah
Ali mendengar kata hati forumners
Quote joy_ah 22-2-2020 10:03 AM
maafkan dalam hati?

masalahnya none of acik porom dah berkajang2 tered takde niat mintak maaf pon.

Quote PintuKayu 22-2-2020 10:07 AM
Selamat jalan
Quote KimK 22-2-2020 10:09 AM
Ko dah kena kecam berjela jela, baru ada akaiii kan.
Kalau tak sampai ke sudah ko aniaya kakak ipar ko tu haa. Pastu acah2 merajuk nak undur diri konon puii
Quote nuno 22-2-2020 10:19 AM
Jangan la li..nanti kami takde bahan nak keji nak maki li..
Kau jangan malukan keturunan syed li
Sapa nak hiburkan rakyat marhaen dengan lawak kau yang tak lawak tu lagi li..
Hidup aliputeh!!!!!!
Takbirr!!!!!!
Quote msrosse 22-2-2020 10:20 AM
Mohon undurkan diri sekali drp dunia ini ...
Quote matbad 22-2-2020 10:20 AM
Malas kerja sebenarnya tu yg nak bolot bagai..cisss
Quote kaseh80 22-2-2020 10:21 AM
Bye bye bye
Quote singajantan 22-2-2020 10:21 AM
Lain kali jgn makan harta anak yatim...x kemana....yg hak berikan pd yg layak...harta dunia dikejar xkn pernah cukup
Quote munchkin 22-2-2020 10:25 AM
Bai ali

......
Quote TravellingBear 22-2-2020 10:28 AM
Harap tak masukkan mak dlm bersamamu selepas ni
Quote nolya 22-2-2020 10:30 AM
Itu yg dikata orang, ikut hati mati, ikut rasa binasa dn sebelum bercakap fikir2lah dulu.   Orang yg dizalimi,  yg dibinatangi,  memberi maaf itu mudah ttpi melupakan itu payah.

Quote redz85 22-2-2020 10:31 AM
mohon cari kerja susun susun
Quote nishikido 22-2-2020 10:31 AM
Ingatkan nak undur diri dari menguruskan harta benda arwah..yang hal faraid tu taknak undur diri ke
Quote babycc 22-2-2020 10:32 AM
Elok la.. tah sape jeminat ko
Quote ALDRIN 22-2-2020 10:34 AM
Cakap depan tak guna Bro...kalau kat belakang ko buat perangai sangkak gini jugak. Perangai dengan molot jahanam camni bagus je laa berambus...aku rasa Mamak Putih pon menyampah satu group dgn kau. Biar Mamak dengan Man RL je satu group. Lagi riang ria aku menengok
Quote fadz84 22-2-2020 10:35 AM
Haha xde satu pun komen yg +ve daripada forumer cari.. hehe

Lihat semua komen(1910)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.078784 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top