Selepas hampir tiga dekad membanting tulang bagi mengharumkan industri fesyen tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim membuat kejutan ketika pertunjukan fesyen Kesuma Jiwa dan mengumumkan persaraannya.
Berita itu nyata memberikan kejutan kepada tetamu yang hadir kerana ia menandakan bahawa itu adalah pertunjukan fesyennya yang terakhir. Dikhabarkan, beliau menyerahkan jenama dan legasi Rizalman Ibrahim kepada pembantunya yang setia bersamanya selama 15 tahun, Faizul Surani. Menurut ikon fesyen tanah air itu, ketika masih mempunyai kudrat dan diberi peluang untuk bernafas, beliau mahu melakukan persediaan secukupnya sebagai bekalan di hari kemudian. Rizalman, 49, tidak menafikn bahawa berita pemergian rakan-rakan industri seni pada usia muda turut membuat dirinya insaf. Dia juga bimbang tidak bersedia untuk menghadap Yang Maha Esa andai kata dia pergi nanti.
"Kematian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh saja mengambil nyawa kita pada bila-bila masa. "Saya takut tidak bersedia apabila dijemput Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia. "Pengunduran ini adalah pelan persiapan saya untuk menghadapi hari kemudian, kata Rizalman seperti dipetik dari Astro Awani. Sebelum itu, beberapa minit sebelum persembahan Kesuma Jiwa melabuhkan tirai, Rizalman mengejutkan penonton dengan mengumumkan mengundurkan diri dari bidang fesyen. - CARI Terima kasih Datuk Rizalman atas sumbangan anda -CARI |
weezerfan replied at 21-2-2020 09:11 AM
Baguslah. Baju semua x laku.
kibodwatriuh replied at 21-2-2020 09:14 AM
Iyaka? Tapi hauknya kualiti baju zalora dia? Iols penah beli dan rasa macam nak minta duit balik. ...
weezerfan replied at 21-2-2020 09:16 AM
Aku agak ja. Semedang collab ngan zalora tu fashion hauk ya amat. X wearable lnsg aku rasa. Dah la ...
weezerfan replied at 21-2-2020 09:16 AM
Aku agak ja. Semedang collab ngan zalora tu fashion hauk ya amat. X wearable lnsg aku rasa. Dah la ...
kibodwatriuh replied at 21-2-2020 09:21 AM
Acik jelita membatak di mana sahaja asal boleh menempel dan tagih secebis perhatian daripada orang ...
Kurex replied at 21-2-2020 09:24 AM
siapa acik jelita...
Kurex replied at 21-2-2020 09:16 AM
lepas tu nak dunia fashion sedih ke dgn pengunduran kau? kau siapa? john Galliano? Mendiang Alexande ...
masnona replied at 21-2-2020 09:30 AM
Siapa acik jelita? Terigat kek marble jelita la plk
ADVERTISEMENT