CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

2 Tahun Nikah, Belum Ada Perancangan Untuk Majlis Resepsi? Ini Penjelasan Pekin

22-2-2020 10:37 AM| Diterbitkan: bawangkecik| Dilihat: 15435| Komen: 75|Original author: Oleh: intan

2 Tahun Nikah, Belum Ada Perancangan Untuk Majlis Resepsi? Ini Penjelasan Pekin


Walaupun sudah bergelar pasangan suami isteri hampir dua tahun, pelakon dan juga pengarah, Pekin Ibrahim bersama pasangan, Mona Allen masih tiada perancangan untuk mengadakan majlis resepsi buat para peminat.


Kredit foto: Carian Google

Menerusi HLive! Pekin lebih suka menganggap perkahwinannya itu sesuatu yang bersifat peribadi.

"Bukannya tak nak buat resepsi atau apa, cuma soal kahwin ini sangat peribadi buat saya.

"Saya buat yang sederhana saja, yang mana termampu," ujarnya.




Dalam pada itu, ketika ditanyakan tentang perubahan selepas mendirikan rumah tangga, Pekin berkata bahawa hidupnya lebih tenang dan bahagia.



"Paling ketara, tiap kali bangun tidur, ada orang di sebelah.

"Lepas itu hati rasa lebih gembira, tenang dan rasa lebih halal," katanya berseloroh.

Pekin dan Mona mendirikan rumah tangga pada Desember tahun 2018 dalam sebuah majlis tertutup setelah menjalin cinta selama dua tahun. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 22-2-2020 10:44 AM
aritu mintak sponsor dgn hotel terkemuka area klcc kan?? kena reject, merajuk x nk buat smpai ke arini? siannnn
Quote kiah_mai_pulak 22-2-2020 10:45 AM
ehhh lupa nk tnya, jadinya kita nk kena mggelabah tetek lah ni dgn berita pekin x sanding2 lg lepas 2 tahun nikah?
Quote nolya 22-2-2020 11:04 AM
Yg penting akad nikahnya dan jamuan ala kadar doa selamatnya.  
Quote whadda 22-2-2020 11:08 AM
buat sederhana tu dah elok tapi iol tak boleh terima lak yang termampu.. hapo selama ni tak mampu ke kalau nak buat pon.. bukan dah lama berlakon ke
Quote bakingsoda 22-2-2020 11:10 AM
bukan kenduri tu utk war2 kan pernikahan je ke? satu malaysia dah tau dia kawin tak perlu resepsi dah kot
Quote Rainrein 22-2-2020 11:19 AM
Okla tu, taknak bazirkan duit. Lagipun bukan orang taktau dia da kawen. Buat resepsi grand nanti kang jeles lak bekas gepren model internasional tu.
Quote yuhuu 22-2-2020 11:29 AM
Aku dulu beriye hingatkan dia kawin internesenal model, sekalii
Quote bulalof 22-2-2020 11:32 AM
should we all feel pity?
Quote Nt-ViruS 22-2-2020 11:34 AM
bini eh cam muka pelakon dan  penyanyi yang ada kanser tu. yang suka menyanyi atas pentas kaki ayam
Quote wdl577 22-2-2020 11:45 AM
Sian rupanya tak mampu nak buat majlis resepsi... dah lama berlakon takkan takda simpanan
Quote Carcosa 22-2-2020 11:47 AM
Hijab si Mona ni tak terbuka lagi kah? Tak nampak2 yg si Pekin ni kepam dan busuk
Quote bawangputihh 22-2-2020 12:00 PM
Alahai xyah la nak membazir duit just utk puas kan hati org.. Kang ko jugak nk kena byr hutang semua tu bukan org nk tolong punn
Jaga perkahwinan lelok jahh ada rezeki anak lagi baguih lagi bahagia buat pa nak pening kepala pikir perkara yg x perlu
Quote shernazz 22-2-2020 12:13 PM
kiah_mai_pulak replied at 22-2-2020 10:44 AM
aritu mintak sponsor dgn hotel terkemuka area klcc kan?? kena reject, merajuk x nk buat smpai ke ari ...

Dah kena reject
Pekin menggelabah tetek la sebab tak cukup bajet...
Xpe..mana yang perlu didahulukan...pon dah ok
Quote starbuckz 22-2-2020 12:17 PM
Perkahwinan ketiga bini dia, takyah nak beria sangat kot.
Quote Ladybird910 22-2-2020 12:20 PM
Ala...wawa dgn aerial tv pon kawen majlis mcm hade xhade..xde pon kena soal itu ini..huhu
Quote ratuiphone 22-2-2020 12:29 PM
yg penting gembira dan bahagia...soal majlis tak.penting...
Quote Kurex 22-2-2020 12:39 PM
Nt-ViruS replied at 22-2-2020 11:34 AM
bini eh cam muka pelakon dan  penyanyi yang ada kanser tu. yang suka menyanyi atas pentas kaki ayam

elyana kan
Quote misc 22-2-2020 12:41 PM
Buat yg wajib dah ler pekin. Sekarang semua org dah tau korang dah kahwin. So tak payah membazir. Baik kumpul duit beli rumah, savings etc.
Quote bulanbulat 22-2-2020 01:21 PM
Tengok cara pekin renung bini dia.

And how she is happy with him.

Oklah tu. Kenduri tak wajib pun

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.055781 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top