CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

5 Golongan Rakyat Ini 'Dikhianati' Jika Ubah Kerajaan Sekarang, Benarkah?

24-2-2020 11:07 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8462| Komen: 23

Cakap-cakap mengenai penyusunan baru politik yang bakal menyaksikan kawan dan lawan membentuk gabungan pemerintah baru tersebar luas. 

Khabarnya Perikatan Nasional yang bakal dibentuk adalah gabungan dari parti Bersatu, UMNO, PAS, Warisan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), lapor Sinar Harian.

Kredit foto: Gambar Hiasan - Google

Terbaru, lima mesyuarat parti-parti besar telah menarik perhatian media tetapi perbincangan diadakan secara tertutup dan tidak dikeketahui apa tujuannya.

Kemesraan yang ditunjukkan oleh para pemimpin parti ketika hadir untuk acara makan malam di Hotel Sheraton, Petaling Jaya telah menguatkan lagi spekulasi tersebut.


Seorang pengguna Twitter Farhan Zulkefly dalam ciapannya memberi lima kelompok rakyat yang rugi sekiranya berlaku perubahan kerajaan.

Pertamanya adalah golongan #PulangMengundi, mereka diberi bantuan untuk pulang setelah perdana menteri ketika itu, Najib Razak meletakkan hari mengundi jatuh pada hari Rabu. 

Berpusu-pusu mereka ini pulang ke kampung dan tempat asal masing-masing dengan niat mahu melihat perubahan besar dalam tampuk kepimpinan negara.





Kedua adalah Polling Agent & Counting Agent (PACA) yang telah bertugas lebih awal sebelum PRU Ke-14  berlangsung. Merekalah petugas yang memastikan proses check and balance berlangsung dengan baik di kalangan petugas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).



Seterusnya golongan ketiga kata Farhan adalah 48% pengundi Pakatan Harapan (PH) yang telah menunggu sejak dari jam 8 pagi sehinggalah jam 5 petang pada 9 Mei 2018 untuk memastikan perubahan pucuk pimpinan berlaku dari peringkat akar sehinggalah ke atas.


Golongan yang keempat ialah pengundi PKR dan DAP kerana jika tiada kerjasama antara mereka iaitu PKR, DAP, Bersatu, Amanah dan Warisan, maka penubuhan Malaysia Baharu pastinya terencat.

Kredit foto: Twitter Farhan Zulkefly

Golongan kelima dan terakhir kata Farhan adalah dua sosok yang sering menjadi watak utama dalam kancah politik Malaysia, Anwar Ibrahim dan Dato' Seri Dr Wan Azizah. 

Sosok ini menjadi popular sejak tahun 1998 lagi dan mereka adalah antara 'watak' yang sering menjadi mangsa kepada pengkhianatan si Kitol.

Kredit foto: Twitter Farhan Zulkefly

Ini mungkin dari sudut pandang Farhan, tetapi secara besarnya yang paling terkesan semestinya rakyat Malaysia.

Jadi, seperti persoalan yang diajukan oleh Astro Awani semalam, adakah kita di era hanya lima tahun sekali rakyat boleh menyuarakan kuasa. 

Selepas itu, ahli politik boleh berbuat sesuka hati mereka? - CARI 
5

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 24-2-2020 11:14 AM
Aku x rasa sia2 pun tgg mengundi.. So ang sila cakap utk diri sendiri.. Aku x lantik ang jadi jurucakap utk pihak aku
Quote fliphair8 24-2-2020 11:29 AM
Sebagai bekas pengundi PH kali pertama...dan 3x sebelum itu pengundi BN...hakak tak rasa dikhianati...cukuplah 2 tahun penindasan terhadap agama dan bangsa hakak...hakak sangat menanti saat bumiputra kembali memegang tampuk pemerintahan...hakak sangat yakin ramai yg seperti hakak mempunyai pendapat yg sama....good luck dek
Quote sherry_zaida 24-2-2020 11:32 AM
Sebenarnya, pembentukkan Malaysia Baharu 2.0 ni untuk menempatkan lebih ramai MPs Melayu dalam kabinet. Dan juga membuang DAP dan Anwar. Jadi, rasa pengkhianatan ni lebih kepada penyokong DAP / Anwar. Ramai kata Tun M hanya nak susun strategi untuk kepuasan politik dia tanpa fikirkan rakyat, kalau la dia meninggal sebelum sempat dia buat benda ni semua, makin teruk la nasib rakyat esp Melayu kendian hari bila Anwar naik jadi kepala Malaysia, bila mana kita semua tahu tangan2 belakang Anwar ialah DAP.

Sekian komen palatao saya
Quote nazzse 24-2-2020 11:40 AM
khianat untuk si farhan je lah, pengunfi bangnon barangkali..untuk I and family, lagi sakit kena khianat 2 tahun ni, yg tak racist pun jadi racist..hapuskan DAP gila kuasa dalam gov, mcm kaduk naik junjung dah
Quote elzy 24-2-2020 11:54 AM
Terpulang pada rakyat.. Siapa Farhan nak persoalkan khianat tak khianat?
Kalau kita sebagai pengundi itu bukan satu beban. Memang tanggungjawab..
Quote watie79 24-2-2020 11:58 AM
2 tahun ni pon dah macam 20 tahun..tukar kerajaan hari ni..tukar kerajaan hari ni jugak
Quote potsshine 24-2-2020 12:00 PM
Tukar Kerajaan...if gabungan baru is real..alhamdulillah..tak payah nk bubar or Pru baru...buang masa n duit lagi..teruskan usaha utk menambah pendapatan negara...
Quote Bholatchomel 24-2-2020 12:17 PM
tak rasa di khianati pun.. pada aku kalo pakatan baru ni boleh monolong rakyat, menaikkan income negara, apa salahnya ada pertukaran. kerajaan sekarang pun bukan boleh memimpin.... cakap je lebih..
bang non dan DAP berpisah tiada.. so jgnlah bagi ke dia ...
Quote BomBoLoniS 24-2-2020 12:25 PM
bila nak tukar ni.. i xsabar
Quote CardiGans85 24-2-2020 12:33 PM
2018 aku undi PH kerana aku nak pembaharuan dan aku lihat Tun M sbg jalan keluar.

Dan aku ade sbb peribadi yg lain iaitu tentang hal tanah peneroka arwah bapak aku kat puncak alam tu. Aku bkn fikir utk aku atau keluarga aku, tp aku fikir utk keluarga lain yg mungkin xde rumah cash dan berharap dgn tanah tu. Dan kami dah dpt kunci last week atas usaha Azmin, khalid samad dan org2 lain yg berkaitan. Projek tu dari tahun 1999.

Terus terang aku syg UMNO dan buktinya sbelum tu aku undi BN 2x. Tp apa yg aku dpt? Hampeh.
Quote bakingsoda 24-2-2020 12:37 PM
aku setuju dgn paan. penyembah atok ni aku tak tau la makan ape ye, takde hati perut langsung bila org yg ditawarkan jawatan tolak kerana berpegang pada janji tapi akhirnya kena khianat jua setelah berlapang dada dgn pengkhianatan yg lama. sifat munafik ni Allah pon benci tapi korang menyokong semata2 nak counter dapig's racism...dgn racism.
Quote jebatmaspunyer 24-2-2020 12:58 PM
Edited by jebatmaspunyer at 24-2-2020 01:00 PM
bakingsoda replied at 24-2-2020 12:37 PM
aku setuju dgn paan. penyembah atok ni aku tak tau la makan ape ye, takde hati perut langsung bila o ...

mengutamakan kebaikan majority lebih baik dari mengutamakan janji kepada sebilangan individu.. hadap sangat nak jdi PM.. parti sendiri x leh nak control.. dengan DAP lg.. cukup2 lah... Tengok Tun M.. dalam senyap brapa banyak parti politik yang dia boleh satukan.. dia perati jer..

Quote husna_amal 24-2-2020 01:02 PM
semoga tercapai pakatan nasional ni. muak dah dengan D4P dan bang non ni.
Quote Rogue98 24-2-2020 01:23 PM
Tak kuasa nak pi undi kalau ada Tun dgn MN. Baik aku pi holiday jer haritu. Nanti nak kn ikut ckp dia jer... x ikut dia u turn balik sokong dap.
Quote bakingsoda 24-2-2020 01:39 PM
jebatmaspunyer replied at 24-2-2020 12:58 PM
mengutamakan kebaikan majority lebih baik dari mengutamakan janji kepada sebilangan individu.. had ...


kebaikan majority my ass! yg penting kestabilan dan kesejahteraan anak beranak sajo, melayu ni diatur jadi tangga jah untuk dipijak menuju puncak. betul dapig melampau cuba2 menggugat melayu tapi atok pon sengaja je buka laluan seluas2nya sampai dorang besar kepala senang nak cantas atas alasan kaduk naik junjung. atok makan untung atas angin korang perut masuk angin. padahal segala celaka zaman PH yg kita marah sgt tu sape yg paling berkuasa utk say no, disapprove tapi dia bolayan masa tgh membara? supaya boleh tunjuk hero kat penghujung drama? sendiri jd setan sendiri berlagak malaikat. ape yg mudaratnya bangnon tu kalau semua benda yg korang tuduh pasal dia dah dibuat atok pon?
Quote tipah89 24-2-2020 02:45 PM
Dlm tempoh dua tahun, melihat perangai mereka yg bagai kaduk naik junjung, aku setuju dgn strategi atuk kali ni.  Aku one of the PH voter, tapi sayang aku kecewa dgn situasi yg berlaku pada bangsaku hari ni.  Aku yg dulu xpernah rasis pon jadiiiiii ..hmmm pikir2lah..
Quote tipuware 24-2-2020 02:51 PM
Speak for yourself boy
Quote MadameOnion 24-2-2020 02:55 PM
aku #teampulangmengundi dan aku rasa lagi dikhianati kalau takda peralihan kuasa..melampau2 sangat dah puak2 dap ni..sapa pentweet tu nak pukul rata ni..mesti team dap..
Quote vee_zara 24-2-2020 11:57 PM
Sibuk je la budak twitter nak mencapab isu ni. Gila batak perhatian acah2 ko pandai tp buat pandai. Haktuihhh

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.100563 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top