CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Bukan Merompak Dan Merogol Nak Suruh Taubat Bagai" - Aliff Syukri

24-2-2020 09:52 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8412| Komen: 488|Original author: Oleh: LilRose

"Sebenarnya, antara mereka sudah wujud konflik. Tidak fasal-fasal saya pula menjadi mangsa."

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri jelas terkilan dengan kenyataan dilontarkan Ali Puteh yang memintanya bertaubat.


Memetik Harian Metro, Aliff berkeras menganggap tindakannya menyiarkan rakaman temu bual bersama balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali bukan satu kesalahan.


Kredit foto: IG

"Perkataan taubat itu tak sesuai untuk saya. Saya bukannya merompak dan merogol orang. Saya tidak fikir pertemuan dengan Nurhidayah satu kesalahan besar. Malah, saya tidak menjangka perkara ini boleh mencetuskan kontroversi.

"Sebenarnya, antara mereka sudah wujud konflik. Cuma, kehadiran saya membuatkan Nurhidayah nak bercerita. Dia mengizinkan segala perbualan dirakam dan disiarkan. Jadi, adakah itu kesalahan saya?


"Tidak fasal-fasal saya pula yang menjadi mangsa dan dipersalahkan. Sedangkan niat saya nak ziarah dan berikan zakat dan sumbangan pada mereka," katanya kepada Harian Metro.

Katanya, dia kecewa kerana kontroversi itu menyebabkan dia merana dengan segala tohmahan dilemparkan terhadapnya terutama dari pihak warganet.

Bagaimanapun, dia malas memanjangkan isu itu dan mencari gaduh kerana menurutnya, dia mempunyai bukti mencukupi bagi menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

"Video yang disiarkan itu baru 10 peratus. Ada lagi perkara lain yang masih disimpan. Cuma, saya tidak mahu mengaibkan sesiapa.

"Jadi, tunggu penjelasan lanjut daripada saya pada sidang media Isnin ini," katanya.

Tunggu sajalah kemunculannya sebentar lagi. 

Kredit foto: IG


Terdahulu, Ali dalam sidang media memohon supaya Aliff bertaubat selepas menjaja cerita mengenai keluarganya.

Kenapa tak bersemuka saja supaya tidak membazir masa banyak pihak mengadakan sidang media banyak kali? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mfzg89 24-2-2020 10:04 AM
Chill dato.. sya mmg nyampah dgn perangai gedik dato, tapi bab ni sy setuju.. klu bukan sbb dato kantoikan si ali mmg sedap ler dia kebas semua..
benda x jadi kalau si ali tu x buat perangai tamak.. kata x makan, tapi cara dari awal dah menujukkan dia tamak.. dah katoi tu bela diri ler.. lembu pn x nak ngaku berak tgh jalan..
Quote selipar_hijau 24-2-2020 10:09 AM
Aku side alif sukri utk isu ni. Kalau tak pasal dia ni silap2 merana terus hidup balu si Abam tu
Quote Ladybird910 24-2-2020 10:10 AM
Dia pon nak limelight hr ni kol 2 petang jugakkkkkkk!!!!

I pon sokong u dato tp amik la taim lain..kol 12mlm ke..

Today we ols nk tgk wwf bangnon vs atok ni..heheee
Quote claudya 24-2-2020 10:15 AM
alaaaa toklep nape buat harini? harini ada isu lebih penting kami nak hadap
Quote ReginaGeorge 24-2-2020 10:21 AM
Ali tak rasa dia salah pon.

Dia kata dia maaf kan semua, termasuk porumer hazabedah
Quote RumiMenari 24-2-2020 10:22 AM
Walaupun i tak kan tgk pc toklip tp i konfem toklip tak kan berkopiah dan bertasbih digital di jari kan?
Quote Isfa76 24-2-2020 10:31 AM
Sudah2lah tu alip.. depa dua org tu dah berbaik dah.. jgn keruhkan lagi keadaan.. at the first place mmg tak elok masuk campur urusan keluarga org lain.. soal harta ka apa ka ko tak berhak masuk campur... kalau dah niat nak pi bersedekah, sedekah sajalah.. tak payahlah sedekah sekali dengan pakej soal jawab harta orang...
Quote coco 24-2-2020 10:32 AM
selalu tak sokong tok lip... ini kalilah....#teamtoklip
Quote husna_amal 24-2-2020 10:36 AM
Rasanya alif ni lagi baik dia diam. Biar je lah semua ni berlalu. Takut makin keruh keadaan lepas ni.
Quote annadonna 24-2-2020 10:40 AM
Aku pun nak buat pc lah. Nak bagitau dunia betapa bosannya aku dgn wayang wayang dorang ni
Quote Kurex 24-2-2020 10:46 AM
iols belah ponen ni walaupun tak kenan dia..

iols dah tau perkara sebenar..

tak sangka la weh...
Quote Boomibulat 24-2-2020 10:51 AM
Merompak dgn rogol je ke kene taubat..bgelek dgn Sajat pun kene taubat jugak
Quote Tudungpink 24-2-2020 10:51 AM
Whatever la belut..iols tunggu belut ni gi jakarta jumpa bcl  n buat liputan dekat istana jer sekarang ni..kes ali ni biar jer la..semua nak menang pun...
Quote riantika 24-2-2020 10:52 AM
Isfa76 replied at 24-2-2020 10:31 AM
Sudah2lah tu alip.. depa dua org tu dah berbaik dah.. jgn keruhkan lagi keadaan.. at the first place ...

i sokong part ni!!
Quote jiwakacau06 24-2-2020 10:54 AM
Kurex replied at 24-2-2020 10:46 AM
iols belah ponen ni walaupun tak kenan dia..

iols dah tau perkara sebenar..

apa kes sebenar nya...
mmg dihalau nya dayah ke?
kata nya dari ari kebumian pn dh krisis...
Quote RatuDunia94 24-2-2020 10:55 AM
Why not bawa dayah sekali dlm live tu datuk.. suruh sheols bongkar kan lg semuanya..
Baru lah seronok dunia hiburan kita yg tgh meriah 2-3 minggu ni dgn mcm2 kes..
Quote helicornia 24-2-2020 10:56 AM
sudah2 la tu aliff oii..sampai bila nak mendongak dan bergaduh dgn orang. apa yang berlaku seminggu dua ni Allah tarik nyawa manusia dalam kalangan selebriti dalam keadaan sihat tanpa sakit tenat tak menginsafkan ke? kalau tak ada takut dalam diri, cuba la check iman. iols pesan kat diri sendiri jua
Quote Kurex 24-2-2020 10:57 AM
jiwakacau06 replied at 24-2-2020 10:54 AM
apa kes sebenar nya...
mmg dihalau nya dayah ke?
kata nya dari ari kebumian pn dh krisis...

cerita2 sebelum tu pun iols tau.. ni iols baru bersuara sebab selama ni iols korek cerita dari kawan iols. dah sahih cerita tu baru iols buat keputusan berpihak pada alep sokri. harap telahan iols ni tak salah
Quote keds 24-2-2020 11:00 AM
kenapa buat pc harini? harini ada citer lain yg kita nak tgk dulu la.... huhu.

Lihat semua komen(488)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.047092 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top