Dalam diam, sebenarnya pelakon Alif Hadi dan Zizi Kirana dan lama menjalinkan hubungan rapat sejak tujuh tahun lepas. Alif mengaku yang selama ini dia cemburu bila ada lelaki yang meminta nombor telefon Zizi.
"Sepanjang kenal, ada saja waktu saya rasa cemburu. Lagi-lagi bila ada artis lelaki atau orang ternama yang minta nombor sedangkan waktu itu saya ada dengan dia. Tapi sebab tak semua orang tahu, saya terpaksa berdiam diri je," katanya kepada mStar Online. Semnetara itu Alif tak kisah dengan penampilan seksi Zizi. Dia sendiri suka melihat Zizi seksi dan menerima penyanyi itu seadanya. "Saya rasa semua lelaki suka tengok wanita seksi. Lebih baik saya pandang dia daripada perempuan lain," tambahnya.
Alif jugatidak menolak sekiranya dia berjodoh dengan Zizi. Maknya pun dah mula tanya-tanya. Apa lagi, cepat-cepatlah masuk meminang! -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|