CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sentap, A Aida Terharu Kazim Elias Tegur Dalam Ceramah Perdana

24-2-2020 12:57 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 13110| Komen: 66|Original author: Oleh: LilRose

"Nak jadi diri sendiri, belum bersedia, seruan hidayah belum sampai."

Itu antara alasan segelintir artis tanah air yang memilih untuk menanggalkan tudung.



Kredit foto: mStar

Dalam ceramah perdana 'Taubat Seorang Pendosa' di Masjid Ukay Perdana, Ampang pada malam Sabtu lalu, Datuk Ustaz Kazim Elias bagaimanapun berkata, golongan terbabit sebenarnya sudah mendapat hidayah ketika mereka memilih untuk 'menutup rambut'.

Jelasnya, tindakan mereka itu secara tidak langsung sudah menolak hidayah Allah.

“Dulu tak bertudung, jadi pelakon rambut perang sana, keriting sini. Datang keinsafan dan balik dari umrah, cakap kepada peminat kalau ada gambar tak menutup aurat, tolong buang… saya bertaubat.

“Lepas pakai tudung, tak ada job. Kalau ada pun jadi tukang bawa air je letak dekat pelakon utama, jadi opah dah sekarang. 


"Akhirnya, dia buka tudung. Dia tak sabar, (sepatutnya) nanti la kejap. Nanti Allah ganti kut (perkara) lain,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam masa sama, Ustaz Kazim memberi contoh seorang artis yang menanggalkan tudung selepas bercerai dengan alasan tidak mahu hipokrit kerana dulu, suami yang suruh bertudung.


Kredit foto: IG

“(Dia jawab) Saya tak nak hipokrit saya nak jadi diri saya sebab dulu saya bertudung pun ex husband yang nak bertudung, so saya tak nak hipokrit.

“I nak jadi macam I, I rasa lebih selesa kalau tak bertudung, Memang berdosa dan I tahu itu I dengan Tuhan, I lebih selesa macam ni. Harap peminat I doakan agar I dapat hidayah,” katanya sekadar mengambil contoh.


Kredit foto: IG

Malah, Ustaz Kazim menyifatkan tindakan golongan ini meminta peminat mendoakan agar diberi hidayah selepas menaggalkan tudung sebagai tindakan pelik.

“Allah dah bagi hidayah depan pintu… Buka pintu dah dapat hidayah dah. Kita tolak hidayah Allah. Ambil la hidayah Allah tu walaupun sakit,” katanya.

Mengakui kata-kata itu ditujukan buatnya, penerbit drama Datuk A Aida bagaimanapun tidak terasa hati memandangkan isi penyampaian itu adalah perkara yang baik.

“Jujurnya saya rasa terharu kerana apabila ada orang menegur seperti dalam ceramah, ia bermakna kita ni masih disayangi ramai. Jadi Allah turunkan nasihat dalam bentuk ceramah untuk saya dan kita semua ambil iktibar,” katanya.


Kredit foto: IG

Semoga dengan mendengar ceramah ini, pintu hidayah dibuka kembali buat Aida dan rakan-rakan. - CARI
2

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belanga_Tefal 24-2-2020 01:03 PM
Awat muka dia pelikkkk ngat aihh?? Bukan ka pakai tudung dah helokkkk..
Quote indenial 24-2-2020 01:07 PM
Someone pls drop her ig username pls
Quote dudaberhias 24-2-2020 01:08 PM
Belanga_Tefal replied at 24-2-2020 01:03 PM
Awat muka dia pelikkkk ngat aihh?? Bukan ka pakai tudung dah helokkkk..

banyak cucuk sana sini... banyok duit khennnn
Quote sarah82 24-2-2020 01:10 PM
Ikut fahama aku  ayat "Nanti Allah gantu kut lain" adalah "nanti Allah ganti cara lain"
Quote amira_safia 24-2-2020 01:11 PM
ramai orang puji dia makin cantik sekarang macam JLo lagi dia bangga tak pakai tudung ...
Quote prettyuglybabe 24-2-2020 01:20 PM
mata i tengok tak cantik langsung..
muka marhaen dagu panjang ke depan..
amik gambar pun kena satu angle je supaya tak nampak kemek..
dah alang-alang nak buat, bagi la cantik sungguh setara miss world ke..
baru la kagum orang memandang..
Quote sha21 24-2-2020 01:34 PM
Rambut tu mmg belah kat tepi mcm tu je ke. Dgn kepala senget. Bibir terjuih2 pastu mata buat2 kuyu. Rasa diri tu seksi ke
Quote wannoorazlina 24-2-2020 01:36 PM
skrg mcm ada bau2 ikan dgn si zoey rahman
Quote mieymiey 24-2-2020 01:40 PM
Keras kejung muka ko acik. Tak cantik.
Quote Cikapit 24-2-2020 01:43 PM
Walaupun plastik tetaplah x lawa...baik yg dulu lagi cantik..semoga kembali bertaubat ya tok nek aida
P/s: mmg ada ya penerima darjah kebesaran bergambar berdua begitu dengan Sultan? Dah dua penerima dato pahang iols tgk mcm tu...tp yg sorang tu dato beli la
Quote jerukkedondong 24-2-2020 01:54 PM
indenial replied at 24-2-2020 01:07 PM
Someone pls drop her ig username pls

a_aidaproduction
Quote sharlenetexas 24-2-2020 01:59 PM
Mcm chris tan faliq pulak
Quote shida81 24-2-2020 02:03 PM
dia x cepat sentap... elokla....
Quote puanbintang 24-2-2020 02:10 PM
body dia pun slimnya....jeles i
Quote beatgirlX 24-2-2020 02:13 PM
Mcmana dia ble jd kaya eh?
Quote Mr_fried 24-2-2020 02:16 PM
wannoorazlina replied at 24-2-2020 01:36 PM
skrg mcm ada bau2 ikan dgn si zoey rahman

Ah.. yeke ala melepas la aku
Quote Atata 24-2-2020 02:17 PM
beatgirlX replied at 24-2-2020 02:13 PM
Mcmana dia ble jd kaya eh?

Dia kan penerbit
Quote Mleeen82 24-2-2020 02:20 PM
dia ni...try  hard nak  gedik…. tp...
Quote Ara_roro93 24-2-2020 03:04 PM
dudaberhias replied at 24-2-2020 01:08 PM
banyak cucuk sana sini... banyok duit khennnn

Tang dagu & bibiaq nampak ketara sangat beza before after nyeh !

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.054955 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top