Dalam masa hanya beberapa jam selepas meletak jawatan, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri interim. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan pelantikan itu. Dr Mahathir akan memegang jawatan itu sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras dengan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan. "Justeru, dalam tempoh ini beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan Kabinet dibentuk," katanya dalam kenyataan media yang disiarkan melalui laman Facebook Jabatan Perdana Menteri pada 24 Februari. Bagaimana pula dengan nasib menteri-menteri Kabinet selepas Dr Mahathir meletak jawatan dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dibubarkan? Dalam kenyataan media lain, Mohd Zuki menyatakan bahawa Seri Paduka telah berkenan untuk membatalkan pelantikan mereka mulai 24 Februari. Langkah itu dilakukan atas nasihat Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan. "Sehubungan itu, tugas-tugas anggota pentadbiran (merangkumi YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik) adalah terhenti pada tarikh yang sama," jelasnya. Namun, perlu diingat pembubaran Kabinet tidak bermakna negara ini bukan bermakna jentera pentadbiran kerajaan menjadi lumpuh. Agensi-agensi kerajaan masih berfungsi seperti biasa dengan diterajui ketua jabatan masing-masing yang melapor secara terus kepada Perdana Menteri interim. - CARI
|
KIM.K replied at 24-2-2020 10:49 PM
Berapa hari maximum buat kabinet baru
TuntungReturn replied at 24-2-2020 11:02 PM
jika ada pilihanraya, pakatan harapan nk buat manifesto apa? tol percuma? pendidikan percuma? minyak ...
Rogue98 replied at 24-2-2020 11:07 PM
Xde Pru kan. Siapa yg ada at least 112 support MP dia lah yg di lantik jadi PM. And so far hanya Tu ...
dino replied at 24-2-2020 10:58 PM
tgk berapa kaki n material kitchen kabinet tu haha
RumiMenari replied at 24-2-2020 10:38 PM
So PRU 15 la kan
TuntungReturn replied at 24-2-2020 11:02 PM
jika ada pilihanraya, pakatan harapan nk buat manifesto apa? tol percuma? pendidikan percuma? minyak ...
ADVERTISEMENT