Baru-baru ini Ariff Aziz yang juga bekas suami penerbit Datuk A. Aida, telah memuat naik beberapa foto mesra bersama seorang gadis dari Poland di Instagram. Pada foto tersebut dia sempat menulis ayat-ayat cinta yang ditujukan kepada gadis terbabit yang dikenali sebagai Monika Tereba. "Bahagia, sakit, jarak, dekat.. Bertemu dengan awak adalah nasib, menjadi kawan awak adalah pilihan, tetapi jatuh cinta dengan awak, saya tidak mampu untuk mengawal," tulisnya. Netizen juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Ariff malah mendoakan semoga kekal bersama.
"Kalau ada jodoh apa salahnya. Cuma pastikan didikan agama buat bakal isteri tu. Semoga kekal sebagai suami dan isteri. "Kahwin jemput nanti. Moga dipermudahkan segalanya amin.. Moga jodoh kali ni hingga ke Jannah bro. "Wow. Semoga terus bersatu hingga ke jinjang pelamin," antara komen-komen netizen. Ariff dan A. Aida atau nama sebenar Zaidah Awang, 50, telah mendirikan rumah tangga pada 21 Julai 2018 namun bercerai selepas sembilan bulan bersama.- CARI |
Themilo replied at 25-2-2020 11:31 AM
gadis poland atau gadis pondan? @Kurex sekadar kemam bibir je la, sebab dah melepas..
ADVERTISEMENT