|
Kejam! Seorang penyelia bangunan dirakam memukul dua anjing hingga mati. Memetik Shanghaiist, dalam kejadian di Hebei, Shijiazhuang itu, suspek memukul dua anjing poodle yang dipelihara penduduk di apartment berkenaan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit mengacu sebatang paip besi ke arah seorang wanita yang memeluk anjingnya di lobi apartment berkenaan. Difahamkan, wanita itu cuba melindungi haiwan peliharaannya daripada dizalimi penyelia terbabit. "Kalau kamu tak mahu bunuh anjing itu, saya akan bunuh kamu juga!" berkali-kali suspek mengugut. Menurut laporan, tidak lama selepas kejadian, tular gambar menunjukkan dua bangkai anjing dan kes itu dikatakan kini dalam siasatan polis. Haiwan terbabit dipercayai dibunuh penyelia berkenaan kerana bimbang dengan penularan wabak Covid-19. Bulan lepas, pakar kesihatan China mengisytiharkan bahawa haiwan juga perlu dikuarantin bagi mengelak penularan wabak berkenaan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun menafikan dakwaan virus itu boleh dijangkiti menerusi haiwan. - CARI |



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 10:30 PM GMT+8 , Processed in 0.068857 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.