CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sarjan Melecur Kena Simbah Asid

25-2-2020 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 5334| Komen: 22

Habis badan cedera akibat disimbah asid! Itu yang terjadi kepada seorang anggota  polis berpangkat sarjan dalam satu kejadian di Taman Mahkota Putra, Kuantan. 

Memetik laporan Astro Awani, seorang lelaki yang berpura-pura menyerahkan hamper di hadapan rumah suspek bertindak menyimbah asid sehingga menyebabkan mangsa melecur di dada, belakang tengkuk, lengan kiri, pipikanan, leher dan dahi. 

Difahamkan, isteri mangsa mendakwa seorang lelaki menunggang motosikal seperti mat despatch datang ke rumahnya dan memanggil mangsa untuk menyerahkan hamper. 

Kredit foto: Astro Awani

"Suspek didakwa memujuk mangsa untuk mengambil hamper itu dan mangsa mengambilnya sebelum berpaling untuk masuk ke rumah.


"Selepas itu, suspek  bertindak menyimbah asid ke arah mangsa sebelum melarikan diri," kata Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali.

Tambahnya lagi, mangsa bersama keluarga baru sahaja tiba di rumah dari Kuala Lumpur. 

"Siasatan awal mendapati suspek sebelum itu datang ke rumah mangsa lebih awal dan menekan loceng rumah tetapi beredar selepas mendapati rumah itu kosong.

"Lelaki itu dipercayai kembali semula ke rumah mangsa yang berkhidmat di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang sambil membawa hamper," katanya lagi yang berkata pihak polis kini sedang giat mengesan suspek. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 25-2-2020 06:19 PM
kes dendam barangkali

semoga cepat sembuh
Quote Austranesia 25-2-2020 06:31 PM
pengajaran nya.bila kita ada kuasa ,jangan la kita melampaui batas. dari segi percakapam ke atau perbuatan. tak kira la kuasa sebagai ustazah ke, polis ke,menteri ke .
Quote salmon-suki 25-2-2020 06:42 PM
Mesti dendam nih..ntah2 matpet y penah kne tangkap kot..

Btw,ktne dorg dpt asid ni ek?mcm senang je geng2 penyimbah asid ni dpt stok asid..{:smile
Quote otai_g 25-2-2020 07:25 PM
salmon-suki replied at 25-2-2020 06:42 PM
Mesti dendam nih..ntah2 matpet y penah kne tangkap kot..

Btw,ktne dorg dpt asid ni ek?mcm senang  ...

cuka getah pun da cukup kak blh buat kulit melecur kak. Jaga2.
Quote Perawankota 25-2-2020 07:27 PM
Dendam ler tu..
Quote KIM.K 25-2-2020 07:29 PM
Astagfirullah dendam la tu
Quote Cassieopeia 25-2-2020 07:40 PM
fuh kene muka tu..kesiannya
Quote salmon-suki 25-2-2020 10:02 PM
otai_g replied at 25-2-2020 07:25 PM
cuka getah pun da cukup kak blh buat kulit melecur kak. Jaga2.

Cuka getah taw laa..igtkn asid y beshe2 tu..tp kalau guna cuka getah,salu news mentioned cu.uka getah..
Quote ikanmasin 25-2-2020 10:36 PM
mcm balas dendam jer.sanggup dtg balik tu.selagi tak buat tak puas hati..
Quote Diamje 25-2-2020 11:01 PM
Austranesia replied at 25-2-2020 06:31 PM
pengajaran nya.bila kita ada kuasa ,jangan la kita melampaui batas. dari segi percakapam ke atau per ...

aku stuju. aku pernah berdendam dengan GPK sekolah aku..smpai aku tpikir nk santau kan die... sbb mlut dn perangai giler celaka gila kuasa.
Quote jazaa100 26-2-2020 12:21 AM
salmon-suki replied at 25-2-2020 06:42 PM
Mesti dendam nih..ntah2 matpet y penah kne tangkap kot..

Btw,ktne dorg dpt asid ni ek?mcm senang  ...

Yg suka simbah asid ni geng yg suka bakor bakor jugak.....

Selalunya geng kongsi gelap ni.....
Setakat mat pit.....tak denya nk buat keja ni....dorang redha je masuk pusat serenti.....
Quote jazaa100 26-2-2020 12:23 AM
Austranesia replied at 25-2-2020 06:31 PM
pengajaran nya.bila kita ada kuasa ,jangan la kita melampaui batas. dari segi percakapam ke atau per ...

Kau kena tau.....mangsa ni kerja bhg siasatan jenayah ok.....memang ramai yg target dia ....
Quote CatMiow 26-2-2020 07:21 AM
Bodohnya...  Kan dah jadi kes jenayah...

Puas hati buat gitu,  lepas tu kalau dikesan kan kena dakwa pula.
Quote zfaz010 26-2-2020 07:28 AM
Mybe sindiket yg tak puas hati kot..
sbab dgrnyer mangsa dari  bahagian D7..
Quote batrisyan 26-2-2020 07:29 AM
Ermm.. jarang la dgr berita bgtau disimbah cuka getah. Mmg sebut asid jugak
Quote husna_amal 26-2-2020 09:45 AM
Giler lah berdendam sungguh. Apa yang dia tak puas hati dengan sarjan tu.
Quote devilito 26-2-2020 11:34 AM
ada la yg tak puas hati tu....
Quote Artemesiaa 26-2-2020 11:36 AM
Perbuatan macam tu selalunya sebab balas dendam
Quote mikasa 26-2-2020 11:36 AM
Kerja badan berkuasa. Terima hadiah atau hamper ke rumah kena suspices dulu sapa hantar
.jangan main terima walaupun utk ahli keluarga lain.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.090198 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top