"Rakyat kena tenang, sebab walau siapa pun yang dipilih gaji korang sama je." Masih dalam kemelut tidak berkerajaan, sikap rakyat Malaysia yang disifatkan masih tenang serta menjalankan tugasan seperti biasa dipuji ramai pihak. Mengakui perpaduan ini adalah hasil masyarakat majmuk yang mengamalkan demokrasi, semuanya dilihat masih terkawal. Namun, laporan berita ini disambut sinis oleh warganet yang menegaskan mereka tetap perlu bekerja mencari sesuap nasi kerana politik itu sendiri tidak menjanjikan pendapatan buat mereka. Itu adalah pendapat ikhlas rakyat kerana masih ramai yang dalam kesusahan hanya untuk menyara hidup. Jika ahli politik masih ego dengan parti masing-masing, golongan marhein masih setia membuat dua atau tiga kerja hingga ada yang mengalami kemalangan kerana terlalu penat. Jadi, kesibukan dari hiruk-pikuk politik ini dinamakan ketenangan rakyat Malaysia. Ya, masing-masing sudah bosan dengan percaturan politik yang hanya mementingkan poket ahli politik sahaja. Walau siapapun menjadi Perdana Menteri dan ahli kabinet, rakyat masih perlu bekerja dan mengharapkan yang terbaik untuk negara tercinta. Sebenarnya, rakyat memerhati segala yang berlaku dari dulu hingga sekarang, tetapi muak dan letih dengan percaturan politik yang tidak pernah habis. Apa yang kami mahukan hanyalah kehidupan yang lebih baik seperti diberikan pada mandat Pilihan Raya terdahulu. Ketenangan perlu ada supaya hidup masih kekal seperti biasa. Takkan rakyat nak buat himpunan pula? Jadi, semoga ada cahaya dihujung jalan menuju politik yang lebih matang. - CARI |
ADVERTISEMENT