CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pulau Tanpa Penghuni - Ini Fakta Menarik Kembar Planet Marikh, Pulau Devon

28-2-2020 12:49 PM| Diterbitkan: PDOT777| Dilihat: 4724| Komen: 14|Original author: PDOT777

Dundas Harbour, Pulau Devon, Canada
KREDIT : SILVERSEA EXPEDITION CRUISES A DUNDAS HARBOUR (DEVON ISLAND), silversea.com

Anda pernah tengok dalam filem atau dokumentari di televisyen tentang planet Marikh? Planet yang merupakan jiran kepada Bumi itu sangat terkenal dengan warna jingganya. Tahu tak anda, yang di Bumi ini pun, ada satu kawasan yang seakan-akan planet Marikh?

Kawasan ini ialah Pulau Devon yang terletak di Kanada.

Bukit Breccia di Pulau Devon

KREDIT : Now you can virtually explore Mars on Earth in Google Street View, canadiangeographic.ca

Pulau Devon terletak di Baffin Bay, di kawasan Qikiqtaaluk, di Nunavut, Kanada. Ketinggian pulau ini mencapai 1920 meter. Pulau Devon, seperti yang disebut oleh NASA, adalah seperti kembar kepada planet Marikh? Kenapa? Kerana kontur tanah di pulau itu sendiri menyerupai planet Marikh.

Tambahan lagi, pulau Devon merupakan pulau yang keenam terbesar di Kanada, dan juga pulau ke-27 terbesar di dunia. Kawasannya sangat luas, tetapi tidak berpenghuni. Untuk pengetahuan anda, Pulau Devon ialah kawasan yang paling tidak berpenghuni di dunia, dengan populasi manusia sebanyak 0%. Puak Inuit pernah tinggal di pulau ini pada 1930-an. Tetapi, pada 1950-an, tiada siapa lagi yang tinggal di sini.

Kenapa pulau ini tiada penghuni? Kerana suhu di pulau ini sangat ekstrem sejuknya, dengan suhu biasa sekitar 10 darjah Celsius, manakala pada musim sejuk, suhu akan menurun sehingga -50 darjah Celsius. Dengan suhu sebegini, tidak banyak haiwan yang mampu hidup, dengan haiwan yang dapat ditemui ialah Muskox dan sekumpulan burung-burung kecil dan mamalia. 

Muskox atau Musk-Ox
KREDIT : Muskox Facts: Animals Of North America, worldatlas.com

Pulau ini juga boleh didiami oleh tumbuhan dari komuniti hypolith, yang tinggal di bawah batu untuk bertahan dari suhu yang ekstrem.

Tumbuhan/organisma daripada komuniti hypolith
KREDIT : twitter.com 

Di pulau ini juga terdapat satu kawah gergasi yang bernama kawah Haughton. Kawah ini berusia 23 juta tahun. Menurut pengkaji, kawah gergasi ini sangat menyerupai kawah yang terdapat di planet Marikh.

Kawah Haughton jika dilihat dari udara
KREDIT : Aerial view of the Haughton impact structure (Devon Island, Canada). Credit: P. Lee / Haughton-Mars Project / Mars Institute., researchgate.net

Anda macam mana? Berminat tak nak pergi ke pulau ini? - CARI 

5

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 28-2-2020 01:11 PM
menarik ni.
Quote Kurex 28-2-2020 02:29 PM
manakalah muka orang berlubang juga dipanggil kawah
Quote PDOT777 28-2-2020 03:20 PM
Kurex replied at 28-2-2020 06:29 AM
manakalah muka orang berlubang juga dipanggil kawah

amboi boss haha
Quote husna_amal 28-2-2020 03:26 PM
nice info.
Quote CikB 28-2-2020 03:56 PM
Masyaallah.....menakjubkan!
Quote Artemesiaa 28-2-2020 05:03 PM
Menarik infonya
Quote PDOT777 28-2-2020 05:51 PM

alhamdulillah terima kasih
Quote PDOT777 28-2-2020 05:52 PM

alhamdulillah terima kasih
Quote Blessed_Servant 28-2-2020 08:41 PM
Wow nice info.Can do a lot more reading on this.
Quote PDOT777 28-2-2020 10:04 PM
Blessed_Servant replied at 28-2-2020 12:41 PM
Wow nice info.Can do a lot more reading on this.

thanks boss
Quote gideoncross 1-3-2020 03:54 AM
Time to move to this place.
Quote kukulangau 5-3-2020 01:42 PM
takde ke orang hollywoon or bollywood nak shoot film kat sini
Quote PDOT777 5-3-2020 06:55 PM
kukulangau replied at 5-3-2020 05:42 AM
takde ke orang hollywoon or bollywood nak shoot film kat sini

mungkin suhu kt sana tak sesuai kot boss nk buat shooting
Quote najib888 7-3-2020 02:19 PM
Dan NASA pun shoot Mars Rover pun kat sini. Konon dah pegi marikh. Pemuja NASA pun kata wow!

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.092454 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top