|
Mayat wanita dipercayai warga Filipina ditemui sudah reput dan juga berulat dalam parit di sebuah ladang kelapa sawit. Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Arang, Lorong Kijang 1 dekat Tawau malam tadi.
Mangsa, Maria Abdullah, 23 ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan dipercayai adalah isteri kepada seorang pekebun di situ. Suaminya dikatakan keluar mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lalu, namun dalam masa sama, lelaki itu kini gagal dikesan. “Lokasi mayatnya ditemui kira-kira 200 meter dari kawasan penempatan penduduk. Tiada senjata atau objek mencurigakan ditemukan di lokasi.
“Pemeriksaan di kediaman mangsa juga mendapati tiada kesan pergelutan dan keadaan dalam rumah teratur,” kata Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas. Dalam pada itu, suami mangsa turut gagal dihubungi oleh pihak berkuasa selepas dia dikatakan keluar mencari isterinya pada 22 Februari lalu. “Mayat wanita itu sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besar Tawau untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya. “Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) tetapi polis sedang giat mengesan suami mangsa bagi membantu siasatan,” katanya. - CARI
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.191551 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.