CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Tahu Apa Cerita Menantu, Cucu..Hidayah Keluar Tanpa Pesan"- Ibu Arwah Abam

28-2-2020 10:50 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 96122| Komen: 597


Ibu arwah Abam, Sabariah Arshad mendakwa tidak tahu perkembangan menantu, Norhidayah Mohd Ali dan cucunya, selepas mereka meninggalkan rumah pada hari keenam arwah pergi.


"Dia tidak ada nombor telefon saya. Sama juga, saya tidak menyimpan nombor telefonnya. Jadi, saya tidak tahu keadaan mereka.

Saya tidak pernah menyuruh dan tidak melarang jika dia hendak keluar dari rumah yang disediakan arwah.

Norhidayah tidak cakap apa-apa ketika keluar dari rumah. Biarlah, saya pun malas hendak ambil tahu. Saya sudah tua dan tidak larat lagi," katanya yang dipetik dari Harian Metro.


Mengaku buta huruf, Sabariah berkata, dia tidak menyimpan nombor telefon Norhidayah kerana tidak tahu menggunakan telefon bimbit. Segala situasi cerita yang berlaku diketahui melalui penceritaan anaknya, Ali Puteh.

"Saya buta huruf dan tidak pandai menggunakan telefon bimbit. Jika hendak menelefon anak-anak, saya hanya menekan punat speed dial sahaja.

Pada usia sekarang, saya malas hendak fikir perkara remeh. Saya reda dan maafkan apa sahaja orang lakukan kepada saya.

Saya hanya fikir siapa yang nak bela dan beri saya makan selepas ketiadaan abang. Itu sahaja," katanya.

Dalam pada itu, warga maya menyelar tindakan akhbar Harian Metro yang sehingga kini masih mensensasikan isu kemelut keluarga arwah Abam dan menantu.

Kredit foto: Facebook Harian Metro

Sementara itu, sebahagian dari mereka masih tetap mendoakan arwah Abam dan mengharapkan hubungan keluarga arwah Abam dan menantu kembali pulih seperti sediakala.

Kredit Foto - Facebook Harian Metro

Ada juga yang menyokong tindakan Hidayah kembali tinggal bersama keluarganya.

Kredit foto: Facebook Harian Metro

Semoga urusan keluarga arwah Abam dan Hidayah dipermudahkan. - CARI 


1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • DayangKirana

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DahliaTulip 28-2-2020 10:52 AM
Knp story family arwah abam ni x di merge je dgn story lain..
Quote lasagna 28-2-2020 10:58 AM
alaaaa ada lagi ke cite family ni.. huhuhu
Quote tipah89 28-2-2020 10:59 AM
Statement makcik ponnn. Mengundangg.. Mcm xde anak lain plak ye.. tu yg dok kat sebelah bejubah berkopiah tu tiang ke makcik, xle nak bela n bagi makan?  Stail n ckp mcm setad,pung pang pung  xkan selama arwah idup dia sorang je yg bela mak dia eh? Patotla pon dayah berambos, tengok ali n mak dia punya sembang, kalau aku pon xckp byk blahh terus.
Quote sarah82 28-2-2020 11:06 AM
Perghhhh.. PU ali guna mak pulak..
Quote JohnyEnglish 28-2-2020 11:06 AM
yang tolak kusi mokcik bedah yg pakai jubah putih  tu sape.nmpk suci macam malaikat jah penampilan heshe
Quote Sambalberapi 28-2-2020 11:07 AM
Halah2... makciiiik makcik.... cara makcik anak beranak bercakap pun dah tau keluarga makcik ni jenis mcmna. Risau sgt x de sapa nk bg mkn, yg beso2 gajah kt rumah tu apa??? Patung cendana ke?? Teruk sgt fmly ni. Elok la Dayah tu blk umah mak paknya. Kalau x mkn ati tgk perangai sorang2
Quote Sally6162 28-2-2020 11:09 AM
Kan dah ada thread nie... konpiussss poromersss nnt....merge pelissss
Quote Mierafaziera 28-2-2020 11:10 AM
bila tengok cara family arwah ni bercakap, aku dpt rasakan kenapa dayah keluar dari umah tu...
Quote siq 28-2-2020 11:11 AM
dah kenapa, bagus la dia balik rumah makpak dia, logik n rasionalnya ramai yg akan buat macam tu jugak kan?

macik fikir siapa nak bagi makan saja ye macik lepas arwah takde? ok macik, selamat makan

rumah yg arwah tinggalkan tu, duduk je la puas2 n makan2 dalam tu ye macik ye
Quote flyzpiz 28-2-2020 11:13 AM
Mierafaziera replied at 28-2-2020 11:10 AM
bila tengok cara family arwah ni bercakap, aku dpt rasakan kenapa dayah keluar dari umah tu...

setujukkkkkk,hilang tempat bergantung apooooo
Quote prettyuglybabe 28-2-2020 11:14 AM
anak yang rebut wallet dengan hp tu tak boleh bela bagi makan ke?
nampak sangat anak tak guna sampai mak sendiri pun fikir sapa nak bela lepas arwah tak ada..
Quote aemon 28-2-2020 11:15 AM
Ehh..kalau abg takde suruh la si ali plak tanggung acik ni.nampak sangat abam bread winner.ali pulak jgn nk jadi bewak hidup la
Quote sara_thrash 28-2-2020 11:16 AM
Saya hanya fikir siapa yang nak bela dan beri saya makan selepas ketiadaan abang. Itu sahaja," katanya.

mengundang spekulasi liar ke makcik???
anak ko sorang tu je ke? yang dok tolak kerusi roda makcik nampak ala2 malaikat turun dari langit ke tujuh tu tak leh nak bagi makan ke camne??
Quote aemon 28-2-2020 11:17 AM
Ehh..kalau abg takde suruh la si ali plak tanggung acik ni.nampak sangat abam bread winner.ali pulak jgn nk jadi bewak hidup la
Quote Adm89 28-2-2020 11:17 AM
Nasib la makcik sape nak bela lepasni. Ada anak lain semua mengabiskan beras je kan
Quote aemon 28-2-2020 11:18 AM
Mungkin ade sebab Allah ambil abam dulu..abam terlalu baik untuk keluarga ni..
Quote ekselen 28-2-2020 11:19 AM
Acik baik diam jelah acik mcm menantu acik tu... Takyah nk menambah gula garam segala rempah ratus sgt...tak baik utk kesihatan...cukup2 lah anak makcik tu je yg tukang penambah rasa... Karang lg memudaratkan....semua citer simpan dlm kain je makcik...kekdahnya anak makcik pun xnak org bukak aib keluarga makcik...but now???
Quote epuepy 28-2-2020 11:20 AM
aku tgok muka ali ngn mak dia ni x tau nape rasa panasss je. drama sgt family diorg ni.  manjang bagy statement nk salahkan balu

while si balu tenang2 takde bagy pape statement pn.  last statement pn cuma citer akhir hayat arwah. xde pon nk buruk2 kan family arwah. nampak bijak n classy
Quote armin 28-2-2020 11:30 AM
Mula2 mcm sedih dan clueless dayah keluar tiba2 cakap biarlah macam lga dayah kuar boleh dia duk rumah tu aman2. Xkesah cucu langsung ek

Lihat semua komen(597)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.262342 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top