CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jemaah Malaysia Bimbang Tak Dapat Pulang

28-2-2020 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 4900| Komen: 24

Susulan penggantungan visa umrah oleh kerajaan Arab Saudi, jemaah Malaysia yang terkandas di Makaah bimbang jika ia turut memberi kesan kepada perjalanan pulang mereka ke negara ini. 


Memetik laporan Harian Metro, mereka masih belum menerima sebarang maklumat terkini daripada pihak kerajaan Arab Saudi berhubung jemaah yang akan berangkat pulang ke tanah air. 

“Ketika pengumuman itu dibuat, saya menerima pesanan menerusi aplikasi WhatsApp mengenai beberapa rakan agensi membawa kumpulan jemaah termasuk dari Indonesia terkandas di lapangan terbang.

Foto: Berita Harian
“Kami belum menerima maklumat mengenai perjalanan balik dan diharap tidak berlaku perubahan... memang risau kerana kumpulan jemaah saya terdiri daripada golongan istimewa,” kata Pengarah URusan Aflah Holidays Sdn Bhd, Romliyana Romli. 


Katanya lagi, bagaimanapun dia difahamkan tiket penerbangan pergi balik tetap sah dan boleh digunakan selepas ini. 

“Ketika pengumuman dibuat, saya pula berada di sini (Makkah) dan agak sukar saya jelaskan kepada bakal jemaah terbabit, namun berharap segalanya diatur dengan baik serta tidak mengenepikan kerugian terpaksa dihadapi agensi.

“Ini bukan sahaja dugaan kepada kami (agensi) tetapi kepada semua umat Islam dan berharap tidak akan berlanjutan, kasihan kepada jemaah tapi apa boleh buat kita perlu ikut arahan,” katanya. 

Ujarnya lagi, keadaan di sana agak kelam kabut selepas pengumuman dibuat oleh kerajaan Arab Saudi. - CARI 

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pixie902 28-2-2020 06:59 PM
Apa masalahnya...bukan visa umrah baru ke ditangguhkan?  Yang dah ada kat sana takkan tak dibenarkan balik...visa mereka masih sahkan dlm tempoh tertentu?
Quote imransulaiman 28-2-2020 07:34 PM
Takkanlah Saudi nak kensel juga visa yang sedang umrah?! Tak faham aku tahap pemikiran...
Quote karlnurani 28-2-2020 07:43 PM
adoi, level otak sel2 dah tak bersambung...
Quote ashilalat 28-2-2020 07:55 PM
Lorh, nak balik, boleh balik lah. Yg nak dtg tu yg x boleh. Jadah apa x bg balik?
Quote Beribear 28-2-2020 08:40 PM
Harap perkara ni dpt di selesaikan secepat mungkin. Semoga urusan utk semua jemaah & bakal jemaah di permudahkan
Quote Cassieopeia 28-2-2020 08:43 PM
takkan diorg tak bg jemaah yg nk blk... kecuali ada kes la kot
Quote Kiah.comei 28-2-2020 08:45 PM
ashilalat replied at 28-2-2020 07:55 PM
Lorh, nak balik, boleh balik lah. Yg nak dtg tu yg x boleh. Jadah apa x bg balik?

I spekuan dia risau tak dapat balik kalau kapal terbang tak datang ambik.
Sebab takde jemaah baru datang bila visa umrah  digantung
Quote lemak_masin 28-2-2020 08:50 PM
Nak jugak masuk news pada hal takde pape pun.. dah nak balik sini kot.. lain ler kalu baru nak pergi wat umrah.
Quote emptybotol 28-2-2020 09:20 PM
Semalam flight amal yg dah ready nak gi jed/med, baru je crew masuk kapal, dapat tau pengumuman ni, semua kena step down. Crew semua terus keluar kapal. Passengers semua nasib x masuk kapal lagi. So flight dari sini xdapat nak pergi semalam. Rasanya dorang takut affect kapal tak pergi ambik kot.
Quote nolya 28-2-2020 09:27 PM
lemak_masin replied at 28-2-2020 08:50 PM
Nak jugak masuk news pada hal takde pape pun.. dah nak balik sini kot.. lain ler kalu baru nak pergi ...

Adakah agen akan hantar pesawat kosong untuk bawa jemaah pulang?
Quote gingerbreaf 28-2-2020 09:30 PM
Pixie902 replied at 28-2-2020 06:59 PM
Apa masalahnya...bukan visa umrah baru ke ditangguhkan?  Yang dah ada kat sana takkan tak dibenarkan ...

Mungkin tak de penerbangan
Quote Manjahati 28-2-2020 09:42 PM
Laaa yg nk balik tu x de ler masalah... yg nk masuk jer
Quote aHoi83 28-2-2020 09:52 PM
Kesian haji hajjah dihina dlm thread ni. Walhal si penghina yg takde ilmu semberono ringan tgn nak menaip apa saja menunjukkan kebodohan
Quote LadyCarefree 28-2-2020 09:52 PM
Kiah.comei: I spekuan dia risau tak dapat balik kalau kapal terbang tak datang ambik.Sebab takde jemaah baru datang bila visa umrah  digantung



Kehkehkeh kehkehkeh
Quote lemak_masin 28-2-2020 10:03 PM
nolya replied at 28-2-2020 09:27 PM
Adakah agen akan hantar pesawat kosong untuk bawa jemaah pulang?

Mesti beli tiket pergi balik kan.. so rasanya mestila ada kapal terbang yg datang ambil..  kalu nak balik baru nak beli tiket mungkin laa berpotensi utk terkandass..
Quote lemak_masin 28-2-2020 10:11 PM
emptybotol replied at 28-2-2020 09:20 PM
Semalam flight amal yg dah ready nak gi jed/med, baru je crew masuk kapal, dapat tau pengumuman ni,  ...

Ye laa.. ada asas juga utk risau... tapi rasanyaa ke wuhan pun depa boleh pi & ambil warga malaysia balik. mesti ada laa flight yang boleh bawak balik orang kat mekah tu..
Quote tagas 28-2-2020 11:36 PM
famili aku seminggu da kat sana lg seminggu lg

moga dipermudahkan urusan dpt balik sabtu depan
Quote nolya 28-2-2020 11:42 PM
lemak_masin replied at 28-2-2020 10:03 PM
Mesti beli tiket pergi balik kan.. so rasanya mestila ada kapal terbang yg datang ambil..  kalu na ...

Jemaah memang sudah ada tiket pergi-balek tapi tarikh kepulangan mereka ialah setelah 12 hari drp tarikh keberangkatan.  Now those jemaah dah sampai di Mekah dn Madinah, pesawat pun dh berangkat pergi sedangkan jemaah tak dibenarkan masuk, jadinya mereka semua tersadai di airport Jeddah/Madinahkah.  Takkan nak duduk di situ selama tarikh keberangkatan pulang.  Pesawat dari M'sia pun tak akan membawa jemaah baru ke sana, jadi  nasib jemaah2 yg dah sampai tapi tak leh masuk mcmane?  Threfore, travel agent kenalah fikir kebajikan jemaah tu kan: makan-minum dn penginapan serta pesawat yg akan membawa mereka pulang ke tanahair. Chaos juga jadinya sebab jemaah bukan sedikit. Nak charter pesawat pun bukan mudah.
Arab ni pun, at least berilah sedikit kelonggaran serta tetapkan sekian2 tempoh mulai certain date, ada sekatan jemaah umrah tak leh masuk. Adakanlah saringan di airport sana.  Jemaah M'sia yg terkandas dlm negara masih mudah ditangani tapi kalau dah terkandas di negara orang, payah tu.

Tapi entahlah..... kalau cakapan saya ni tak boleh dipakai.
Quote nolya 28-2-2020 11:48 PM
tagas replied at 28-2-2020 11:36 PM
famili aku seminggu da kat sana lg seminggu lg

moga dipermudahkan urusan dpt balik sabtu depan {: ...

Rasanya kalau yg dah ada di sane tak ade masalah nak balek sebab jadual kepulangan dah diatur.  Harap2 jemaah yg balek tu tak ada gejalan Convic-19 sudahlah.  Kalau tak terpaksalah pula semua jemaah dikuarantin. Ah sudah....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054724 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top