Selepas berminggu seluruh rakyat Malaysia gusar dan berdebar akan isu politik tanah air yang dilihat seperti tiada jalan keluar, kemelut ini dilihat telah berakhir selepas sudah ada kata putus daripada pihak Istana Negara.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Negara Istana Negara, Dato' Ahmad Fadil Shamsuddin, Istana Negara telah menerima senarai pencalonan nama-nama calon Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas. Setelah mendapat kata putus daripada semua pihak, pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat ialah YB Tan Sri Muhyiddin bin Md Yasin, Ahli Parlimen Pagoh. Proses Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri akan berlangsung pada 1 Mac 2020, Ahad. Berita ini mengejutkan banyak pihak yang majoritinya menyokong Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri Kelapan. Apa-apa pun, semoga negara ini diberkati dan terus maju di bawah pimpinan yang baru.
|
Cassieopeia replied at 29-2-2020 05:12 PM
alhamdulillah settle, padan muka dua orang tu {:laugh
matbad replied at 29-2-2020 05:29 PM
Alhamdulillah..
Apa ce abg non
ADVERTISEMENT