Pelakon Aprena Manrose dan suami membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan kesuburan selepas empat tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata. Memetik laporan mStar Online, Aprena juga mendedahkan yang dia dan suami pernah membuat pemeriksaan kesuburan pada Disember 2019 dan kini dalam proses selanjutnya. "Tahun ini saya memang nak fokus untuk mendapatkan zuriat. Dah empat tahun berkahwin, sudah tiba masa yang sesuai untuk saya nak ada anak pula. "Selama ini, saya dan suami tak pernah membuat pemeriksaan apa-apa, tapi pada Disember tahun lalu kami buat keputusan untuk bertemu doktor. "Perancangan saya pada tahun ini memang nak perlahankan sedikit karier seni. Tapi, tidak bermaksud saya mahu terus berhenti" katanya. Semoga semuanya berjalan lancar kepada pasangan bahagia ini. Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman dan Mohd Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016. - CARI |
Kurex replied at 3-3-2020 10:22 AM
aku sorang je ke yg tak kenal dia??
lazim replied at 3-3-2020 10:18 AM
Aju dulu mati3 igt dia ank dara. Suka tgk dia. Tp x byk jd heroin
manehnya replied at 3-3-2020 11:39 AM
okee... ptt la lawa
budak yg selalu ngan depa tu sapa
ADVERTISEMENT