Pembentukan kerajaan baru telah selesai berikutan lantikan terbaharu Perdana Menteri Ke -8, Tan Sri Muhyidin Yassin. Namun beberapa hari ini viral pula video seorang wanita melakukan protes agak melampau kononnya menentang lantikan yang telah diperkenankan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (YDPA) itu. Wargamaya ramai yang tidak bersetuju dengan cara protes sebegini. Kalau diperhatikan pada minit ke .49 ada pula pemuda yang tampil menjawab persoalan wanita yang menjerit itu," PM ke 8 " diiringi gelak tawa hadirin. Terkejut juga wanita tadi. Sementara itu, Shopee telah membuat promosi keropok yang dijual mereka menggunakan beberapa ayat yang digunakan wanita ini. Laju betul Shopee buat kerja. Apapun, di Malaysia protes jalanan bukanlah suatu budaya kerana kerajaan tidak membenarkannya dari sudut undang-undang. Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan beraja yang berpelembagaan dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang Berdaulat seperti yang termaktub dalam Rukun Negara - Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Cukup tempohnya, kita zahirkan pula pilihan kita di saluran sepatutnya iaitu di kertas undi. - CARI |
merrissa replied at 2-3-2020 04:38 PM
Nak super ring
sofyayra replied at 2-3-2020 04:06 PM
https://www.facebook.com/kitasedarmalaysia/videos/2706271916152238/
Tersembur cafe latte aku tgk ...
ADVERTISEMENT