CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Ibu 6 Anak Raih Rm15,000 Jual Ketum

15-10-2013 05:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6925| Komen: 32

Jitra: Kegiatan seorang wanita enam anak yang meraih RM15,000 sebulan hasil menjual daun ketum, terbongkar selepas ditahan polis di rumahnya di Kampung Pida 6 Lama, Kodiang di sini, awal pagi semalam.


Difahamkan, wanita berusia 37 tahun itu menjalankan kegiatan itu bersama suaminya sejak dua tahun lalu, dengan kebanyakan pelanggan adalah warga negara jiran. 
Serbuan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu diketuai Inspektor Mohd Ridzuan Salleh ke rumah terbabit menemui 653 bungkus daun ketum seberat 98 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM2,000. 

Dalam serbuan jam 1.20 pagi itu, suami wanita berkenaan tiada di rumah.

Difahamkan, lelaki berusia 40-an itu pernah ditahan polis atas kesalahan sama tahun lalu dan dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh mahkamah.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata sebuah pikap bernombor pendaftaran Thailand turut ditemui di tepi rumah suspek.

Siap bungkus 
“Pemeriksaan dalam rumah menemui beberapa bungkusan plastik lutsinar dan satu beg plastik hitam dipenuhi beberapa paket plastik lutsinar mengandungi daun ketum yang siap dibungkus.

“Kita juga menemui empat beg plastik hitam dan seguni plastik di hadapan pintu tepi rumah itu, semuanya berisi daun ketum siap dibungkus.

“Beberapa bungkusan plastik lutsinar mengandungi daun ketum turut ditemui dalam pikap terbabit, dipercayai untuk dihantar kepada pelanggan,” katanya pada sidang media di IPD Kubang Pasu di sini, semalam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pailang 15-10-2013 09:55 AM
seb baik bukan tempat yg aku selalu beli tu..
Quote chaoyunjie 15-10-2013 09:59 AM
berapa banyak tread daun ketum yg ko nak naik
Quote Farini 15-10-2013 10:18 AM
kencang....15000 sebulan.
Quote jengkoil 15-10-2013 10:23 AM
Makcik gayah yg dah 15 tahun jual daun kesom kat pasar tani tak dapat 15k setahun..
Quote sapp73 15-10-2013 11:10 AM
Perghhh...tak payah belajo tinggi tinggi..gaji mengalahkan orsng ada degree
Quote sapp73 15-10-2013 11:11 AM
Perghhh...tak payah belajo tinggi tinggi..gaji mengalahkan orsng ada degree
Quote sapp73 15-10-2013 11:14 AM
Alamak terpost 2x pulak
Quote selipar_hijau 15-10-2013 11:20 AM
Pokok ketum aku tanam dlm pasu je kt umh. Rasa nak, petik je lol
Quote ultra78 15-10-2013 11:28 AM
Laki dia tokei, bini pulak dijadikan tajuk berita.Akhbar ni sesaje nak sensasikan berita
Quote mak_wa95 15-10-2013 11:29 AM
Pailang posted on 15-10-2013 09:55 AM
seb baik bukan tempat yg aku selalu beli tu..

hang pun peminat ketum ke
Quote cmf_blingblings 15-10-2013 11:33 AM
belah urata ni kalau tempat jejanz lepak mmg tak sah tanpa ketum, entah apalah yg best sgt
Quote mak_wa95 15-10-2013 11:34 AM
ultra78 posted on 15-10-2013 11:28 AM
Laki dia tokei, bini pulak dijadikan tajuk berita.Akhbar ni sesaje nak sensasikan berita

bini dia pengusaha laki dia bahagian pemasaran...kena ambush laki lari bini terkontang kanting kena tangkap..bodoh...nak buat keje tu p la buat tengah bendang...orang nak mai ambush pun boleh nampak..sempat la lari...orang melayu ni nak buat jahat angkut sekali anak bini...biar sama2 kena..
Quote Anakdesa 15-10-2013 11:37 AM
Pailang posted on 15-10-2013 09:55 AM
seb baik bukan tempat yg aku selalu beli tu..

Hang amik port mana?  Hehehe....

Aku heran... apa khasiat daum ketum ni? Boleh buat mabuk ka atau macam mana...
Boleh sampai ketagih lagu tu....
Quote yayah8989 15-10-2013 02:03 PM
bapak masyuk
Quote mamat2009 15-10-2013 02:33 PM
dulu masuk tv pengusaha daun ketum yg berjaya. tak lama lepas tuh, golongan2 ni kene gempur dgn polis.
Quote lordvoldemort 15-10-2013 03:09 PM
umoq baru 37...
ank dia dh 6,
ramai2
Quote PEPPERMAN 15-10-2013 04:31 PM
terbaru ni...

biasa laki bini bukak pusat pelacuran, persundalan, judi.... ni daun ketum plak
Quote Rauhi 15-10-2013 05:16 PM
Wat side income bagus ni...hahaahhaaaaa...
Jadi penghuni jel laa...
Quote Pocahontas 15-10-2013 05:22 PM
Sekali baca aku ingat acik ni jual ketam..hehe. ropernyer jual ketum. Patutpon 15k

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.126356 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top