Pemergian beberapa rakan industri seni sejak kebelakangan ini memberi kesan ramai terutama rakan artis. Sebelum ini, pelakon Aeril Zafrel membayangkan keadaan keluarga andai kata dia meninggalkan dunia sebelum mereka.
Terbaru, pelakon dan usahawan Elfira Loy turut meluahkan perkara sama. "Selepas kematian Ashraf Sinclair, saya selalu memikirkan ujian yang dihadapi Bunga Citra Lestari (BCL), saya fikir macam mana jika saya yang harus lalui perkara itu. "Setakat ini, dalam kehidupan saya, semua orang tersayang masih ada, jadi saya belum rasa kedukaan berhadapan kematian insan yang dekat dengan saya" katanya dipetik GEMPAK. Bagaimanapun, Elfira berharap perkara itu tidak berlaku kepada dirinya kerana dia belum bersedia menghadapi ujian sedemikian. Elfira diijabkabulkan dengan Faris Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober tahun lalu. Semua orang akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Kalau bukan kita ditinggalkan, mungkin kita yang akan meninggalkan orang tersayang. - CARI
|
ADVERTISEMENT