Siapa sangka, dua orang rakan baik yang sering berasakan mereka sangat rapat seperti pasangan kembar rupanya memang adik beradik sebenar! Metro UK melaporkan Ashley Thomas, 31 dan Toya Wimberly, 29 hanya mengetahui mereka merupakan adik-beradik selepas 17 tahun persahabatan mereka yang bermula di sekolah menengah di Pennsylvania.
Malah, lucunya sebelum ini bapa kepada Toya, Kenneth pernah bergurau yang kawan baik anaknya itu, Ashley adalah merupakan anak kandungnya. Ini kerana mereka mempunyai raut wajah yang begitu mirip dan serupa. Akhirnya dia terkejut selepas mengetahui mendiang ibu kepada Ashley adalah bekas kekasihnya.
Semuanya bermula apabila salah seorang rakan kepada mendiang ibu Ashley, terlihat gambar Toya bersama bapanya menerusi laman sosial. Bermula dari itu, Kenneth mula mengesyaki Ashley berkemungkinan anak kandungnya selepas mengetahui ibu kepada Ashley adalah bekas kekasihnya. Mereka kemudiannya menjalan ujian DNA dan terbukti Ashley adalah anak kepada Kenneth. Toya berkongsi momen tersebut berkata, "Ketika keputusan ujian DNA keluar, bapa saya menghantar mesej dan memberitahu Ashley adalah kakak kandung saya." "Jantung saya seperti luruh dan saya mula menangis." - CARI
|
mieymiey: Nasib dedua pompuan dan berkawan baik.Kalau sorang laki sorang pompuan dan sedang bercinta.Tetiba adik beradik pula.
ADVERTISEMENT