Umum nampaknya masih lagi terkesan dengan berita kematian pelakon berasal daripada Malaysia iaitu Ashraf Sinclair. Siapa sangka di usia muda, lelaki itu terkena serangan jantung semasa dalam tidurnya.
Pemergiannya itu menyebabkan isteri kesayangan yang juga penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari kini menjadi balu selain anaknya Noah sekarang hidup tanpa bapa di sisi. Meskipun dilanda ujian, Bunga tetap kuat dan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Dia juga telah kembali mengisi jadual seninya bermula dengan konsert kecil di Indonesia selain menjadi juri tetap di Indonesian Idol. Selepas tidak hadir seminggu ke rancangan realiti itu kerana menguruskan perihal kematian suaminya, penyanyi terbabit kembali menghiasi kerusi juri semula. Untuk episod terbaru ini, Judika tampil melakukan persembahan khas dengan lagu barunya iaitu 'Tak Mungkin Bersama'.
Yang menjadi perhatian ramai adalah apabila Bunga mula menangis teresak-esak ketika Judika mendendangkan lagu tersebut sehingga dia terpaksa ditenangkan juri lain. Pun begitu, netizen mula mempersoalkan tujuan sebenar di sebalik rancangan tersebut mengaturkan persembahan yang nyata beremosi untuk tontonan BCL. Ramai sebal kerana pihak produksi seolah-olah menggunakan kesedihan wanita itu untuk menaikkan rating mereka. Bukan sahaja netizen Malaysia yang mempersoalkan hal ini, bahkan netizen Indonesia juga meluahkan rasa kesal mereka kerana stesen televisyen tempatan sanggup menggunakan Bunga dengan publisiti murahan sedemikian. Tak kurang juga ada yang mempersoalkan kesemua pengguna laman media sosial yang memuat naik entri mengenai video tangisan BCL. Macam sengaja nak raih pengikut dan tontonan sahaja! Tanah di kubur Ashraf masih merah lagi, dah tentulah BCL masih dirundung rasa sedih. Janganlah ambil kesempatan! - CARI
|
ADVERTISEMENT