"Hok ni kudo kuat, hok ni lintoh. So tigo puluh yar, so lagi pat puloh yar. Bezo sepuluh yar jah. Tapi kuat." Begitulah perbualan antara penjual ubat kuat yang dipanggil Kak Zah dengan beberapa orang lelaki dalam lingkungan 50an ke atas. Menunjukkan pelbagai jenis ubat kuat yang terdiri dari ubat oral dan ubat sapu, kelihatan semuanya teruja membicarakan hal dalam kain. Lokasi dipercayai di sebuah warung di Kelantan. Dengan perasaan tiada rasa segan, penjual menerangkan satu persatu kelebihan ubat tersebut, manakala bakal pembeli pula bertanya bermacam soalan separa lucah. Hal ini membuatkan warganet di Twitter menjadikannya satu bahan jenaka. Sementara itu, di sisi lain pula, ada yang berasa kasihan dengan penjualan ubat kuat yang masih berleluasa di kampung-kampung tanpa mereka sedar bahaya d isebaliknya. Ada yang mentag akaun Twitter Dr. Amalina untuk memberitahu mengenai situasi ini. Jelas hal ini memberi maksud masih ada lagi golongan terpinggir dari mendapatkan info kesihatan ini. Atau pun mereka sebenarnya yang tak peduli? - CARI |
ADVERTISEMENT