CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asmidar Menghiasi Kulit Depan Majalah Jepun, Hadiah Hari Jadi Ke-34!

5-3-2020 11:25 AM| Diterbitkan: Archaiv| Dilihat: 12248| Komen: 57|Original author: Archaiv

Siapa ingat lagu Biar Sampai ke Bintang, Asmidar telah mendapat khabar berita yang gembira setelah dia telah dipilih untuk menghiasi kulit depan untuk salah sebuah majalah di Jepun. Apa yang lebih menggembirakan lagi, ianya merupakan hadiah hari jadi ke-34nya 3 mac lalu.


Di dalam instagram Asmidar, dia berkata; "Ini merupakan hadiah hari jadi terbaik. Saya telah dipilih untuk menghiasi muka depan sebuah majalah Jepun. Majalah yang berkongsi tentang budaya di Malaysia. Terima kasih kepada kawan saya @akinora dan @che_kem_ yang memperkenalkan kami," 

Ruangan komen untuk intagram ini dipenuhi dengan pujian dan turut mengucapkan selamat hari jadi kepadanya.

Kredit foto: hatimalaysia.com

Majalah WAU isu no.23 ini merupakan isu mengenai kebudayaan Malaysia. Turut mengisi kolum dalam majalah ialah sesi bicara Asmidar dalam bidang nyanyian lagu tradisional asli. Selain daripada itu, pengisian seperti makanan Malaysia, teater tradisional Main Puteri, dan filem Dendam Pontianak juga telah dipilih untuk mengisi majalah ini.

Majalah tersebut boleh didapati di laman sesawang hatimalaysia.com dan boleh juga didapati di kedai buku Kinokuniya. - CARI 


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 5-3-2020 11:42 AM
tahniah........
Quote jijilaaa 5-3-2020 11:48 AM
masih sendu..sesetengah org mmg tiada luck dlm industri
Quote kucingitam 5-3-2020 12:07 PM
siapa? aku ingatkan Asmidar aka Kak Ogy..
Quote Cassieopeia 5-3-2020 12:16 PM
jd juarapun tak naik dia ni..sore sedap je
Quote kiah_mai_pulak 5-3-2020 12:20 PM
dia ni boleh buat geng dgn Shiha Zikir, Wany Kayrie, n Salmah Mentol.. geng sendu tp gigihhh
Quote husna_amal 5-3-2020 12:30 PM
Hb Asmidar, tak sangka dah 34
Quote Ladybird910 5-3-2020 12:31 PM
Xkenal tp she looks nice!
Quote dudaberhias 5-3-2020 12:36 PM
by the way ini majalah who are yusss je di jepun tu.... sana ada pelbagai majalah sebab orang sana masih beli majalah. koman2 boleh jual balik dari beli yang digital... same as CD
Quote orglama 5-3-2020 12:37 PM
who are yusss???
Quote edoraixora 5-3-2020 12:38 PM
dia nyanyi sedap....maybe kurang aura sebab tak full package
maklumlah malaysia ni suka yg cantik2 & kurus2
Quote Boomibulat 5-3-2020 12:39 PM
Macam majalah porno je..
Quote Atikahmaarof 5-3-2020 12:55 PM

pernah menang mentor tak salah.suara sedap tp mcm no luck.
Quote mieymiey 5-3-2020 12:56 PM
Asmidar ni bukan sebelum ni gebu gebas ker? Dah kurus sheols. Ker iols salah orang?
Quote Mawar91 5-3-2020 12:59 PM
Entahlaa..meols tgok die ni cantik je..sore pon sedap je..cume Tula x de luck dalam industri
Quote chinta89 5-3-2020 01:19 PM
suara dia sedap tp entahlah knpa x bsinar..
Quote Lavender_Violet 5-3-2020 01:26 PM
Edited by Lavender_Violet at 5-3-2020 01:32 PM
Atikahmaarof replied at 5-3-2020 12:55 PM
pernah menang mentor tak salah.suara sedap tp mcm no luck.

Mentor ke?
Bukan reality show yg konon menampilkan suara bukan tengok rupa tu ke?
Ntah apa nama program tu aku tak ingat
Tapi sheols ni dulu agak gempal kan?
Lawa dah sheols skrg
Sheols pun tudung melayang jugak kan?
Dia pakai tudung rasanya sekejap dulu
Quote whadda 5-3-2020 01:47 PM
bile ko pegi tangkap gambar kat jepun ni?? ade kuarantin 14 hari tak balik malaysia ni.. ke tangkap kat malaysia je
Quote wafeloren 5-3-2020 02:08 PM
Suara dia ni unik. Suara yg tak jemu dengar.
Quote polluxsstar 5-3-2020 02:18 PM
tahniah. moga lebih cemerlang lepas ni.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.040586 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top