Tak habis-habis pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar orang lain tanpa kebenaran untuk mempromosikan produk mereka. Golongan selebriti pun dah ramai yang terkena termasuk Zulin Aziz.
Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, atau Zulin menerusi Instagramnya menegaskan tidak akan berdiam diri dan akan menyaman pihak terbabit. "Penat dah, tolonglah! Jangan ambil kesempatan. Saya tak halalkan. "Banyak kali dah bagi muka. Tak ckp banyak, saman! Jumpa di mahkamah!" tulisnya. Di ruangan komen, ramai pengikutnya menyokong tindakan Zulin mengambil tindakan undang-undang termasuk rakan artis. Tak serik-serik pihak tak bertanggungjawab seperti ini mengaut keuntungan dengan mengguna dan mengedit gambar orang lain tanpa kebenaran. Saman je Zulin! - CARI
|
RatuDunia94 replied at 4-3-2020 12:36 PM
Sheols ni diet yo yo ke? Bulan ni kurus... eh bulan depan gemuk balik..
RatuDunia94 replied at 4-3-2020 12:36 PM
Sheols ni diet yo yo ke? Bulan ni kurus... eh bulan depan gemuk balik..
ADVERTISEMENT