Rindu pada orang yang telah pergi adalah rindu yang tiada penghujungnya. Video memaparkan anak Allahyarham Abam Bocey, Syed Uthman Hamzah Al Juffrey berusia sembilan bulan berkali-kali mencium gambar bapanya di paparan skrin telefon mengundang rasa sedih dan hiba netizen. Walaupun masih belum mengerti bapanya sudah tiada, Hamzah dilihat menunjukkan kerinduannya terhadap arwah. Hamzah akan mengucup skrin telefon yang tertera wajah arwah Abam. Video berdurasi 40 saat yang dimuat naik anggota Bocey, Fad dan isterinya, Syaheera di Instagram masing-masing ternyata sangat menyentuh hati sesiapa yang melihatnya. Video itu dirakam ketika Fad bersama keluarganya menziarah Hamzah dan ibunya, Nor Hidayah Mohd Ali di Sabak Bernam, Selangor, baru-baru ini. Kebanyakan warga maya meluahkan mereka sangat sedih dan tersentuh melihat reaksi spontan Hamzah mencium berkali-kali gambar arwah bapanya itu. |
dua_chzy replied at 5-3-2020 10:02 AM
Ali babi dan mak khinzir dia tu if nampak video ni but tetap takda rasa kasihan, simpati ka apa mema ...
ADVERTISEMENT