Mata netizen memang tajam. Apa sahaja yang berada dalam gambar atau video akan disiasat hingga ke akar umbi. Terbaharu, status Tan Sri Annuar Musa mengucapkan terima kasih kepada Haji Hadi Awang atas tahnik cucu kembarnya diperkatakan. Tetapi bukan acara itu yang menarik perhatian netizen sebaliknya selipar 'hotel' yang dipakai Annuar pula jadi bualan.
Manakan tidak, selipar Louis Vuitton tersebut bernilai RM4,650. Maka ramailah netizen menjadikannya bahan jenaka hingga mengaitkan dengan gaji masing-masing yang jauh lebih rendah dari harga selipar itu. Timbul juga pelbagai skandal rasuah yang dibangkitkan kembali seperti pinjaman MARA, bola sepak Kelantan dan sebagainya. Lebih dasyat apabila ada netizen yang menghuraikan pemakaian dan perobot rumah Annuar yang sangat mewah. Berapa gajinya yang sebenar? Maka benarlah menjadi ahli politik membuatkan ramai yang kaya-raya dan berkuasa. Patutlah ramai yang berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan itu sendiri. Jadi, ahli politik, hati-hati ya kerana kami memerhati. - CARI |
RatuDunia94 replied at 5-3-2020 03:11 PM
Sbb tu ramai ahli politik sanggup lompat parti demi kelangsungan hidup mewah
tripleid replied at 5-3-2020 12:37 PM
mana lagi mahal dgn selipar tun
tripleid replied at 5-3-2020 12:37 PM
mana lagi mahal dgn selipar tun
ADVERTISEMENT