Penularan virus pembawa maut Covid-19 telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia. Ramai juga yang bimbang dengan stok barangan keperluan yang dijual di pasaraya akan habis.
Sekiranya anda mengikuti perkembangan isu ini di laman media atau berita, anda boleh nampak gambar-gambar tular yang menujukkan barangan di pasar raya habis dibeli pelanggan terutama makanan dan tisu tandas. Terbaru di Australia, seorang suri rumah yang ditemu bual ABC News mendedahkan yang dia sudah berbelanja dengan banyak pada minggu lalu sebagai persediaan menghadapi "kiamat" "Saya telah membeli barang-barang persediaan seperti makanan dalam tin, sayur, kacang, buah, tisu tandas serta makanan anjing dan kucing" katanya. Namun, ada juga orang awam berpendapat tidak perlu membuat pembelian panik seperti ini. "Tidak salah untuk melakukan persediaan dengan membeli ubat dan makanan dengan banyak, tetapi tidak perlu sampai menjadi terlalu risau kerana wabak tersebut masih belum tersebar luas dan masih boleh dikawal," kata individu yang ditemu bual wartawan ABC Radio Brisbane. Gambar berikut pula menunjukkan keadaan sebuah pasar raya di Singapura yang barangannya habis dibeli penduduk di sana. Jadi, apa pendapat anda? perlukah kita melakukan persediaan serupa ketika berdepan gelombang kedua Covid-19? - CARI |
seri_mawr replied at 6-3-2020 10:35 AM
knp nak beli tisu tandas..???
kaitan COVID-19 dgn tisu tandas...
pumpkingirl replied at 6-3-2020 11:01 AM
Sebenarnya tempat aku ni dr awal feb dah penuh puak2 ni shopping sampai kosong rak tesco tu..
nasib ...
seri_mawr replied at 6-3-2020 10:35 AM
knp nak beli tisu tandas..???
kaitan COVID-19 dgn tisu tandas...
MissVixen replied at 6-3-2020 03:05 AM
Betul. Yang habiskan face mask dan hand sanitizer pun mereka dulu. Kalau ada lebih mereka pergi ju ...
ellejo replied at 6-3-2020 11:12 AM
haah. ushar shopee dia beli skotak pastu kat on9 jual by pcs.
lahanat kan
MissVixen replied at 6-3-2020 11:05 AM
Betul. Yang habiskan face mask dan hand sanitizer pun mereka dulu. Kalau ada lebih mereka pergi ju ...
ADVERTISEMENT