CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri, Anak Maut Tak Ada Duit Bersalin Di Hospital

5-3-2020 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10949| Komen: 97

Gara-gara dihimpit kesusahan, lelaki warga Indonesia kehilangan isteri dan bayi lelaki selepas wanita terbabit mengalami komplikasi ketika melahirkan.

Menurut Kuan Chee Heng menerusi hantaran di Facebook, suami mangsa tidak dapat menghantar isterinya untuk bersalin di hospital akibat kesempitan wang.



Kredit foto: FB

Kata Chee Heng, kedua-dua jenazah berkenaan dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Jelas aktivis masyarakat itu, dia menerima panggilan daripada seorang wanita kira-kira jam 10 pagi semalam memohon bantuan menguruskan jenazah seorang ibu dan bayinya di Putra Perdana.


Kredit foto: FB


Sementara itu, Sinar Harian melaporkan suami wanita berkenaan, Sumaji, 38, menjelaskan isterinya, Nor wahyuni, 35, mengalami komplikasi ketika melahirkan anak mereka yang dilahirkan songsang.

“Ketika proses kelahiran, kepala anak saya tersangkut dan dia didapati sudah tidak bernyawa sebaik dilahirkan. Isteri saya pula alami pendarahan teruk, uri yang pada mulanya tidak keluar pecah selepas itu.

“Saya tak ada duit bawa isteri ke hospital selain tak punya apa-apa dokumen. Terima kasih kepada Uncle Kentang yang bantu, saya rasa terharu kerana masih ada rakyat Malaysia yang sudi tolong,” katanya. 


Kredit foto:


Manakala, dalam kemas kini terbarunya, Chee Heng berkata, kedutaan Indonesia menghubunginya untuk mengucapkan terima kasih di atas bantuannya.  - CARI



Loading FB Post...

Loading FB Post...

Loading FB Post...
1

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fofuler 5-3-2020 12:40 PM
Adoi kesiannya. So saddd
Quote akakdendeng 5-3-2020 12:46 PM
nangis baca ni.  kesian nya lah.  terima kasih uncle kuan. semoga dipermudahkan segala nya
Quote kasibiman 5-3-2020 12:47 PM
Sedihnya sampai gini sekali. Takziah.
Quote top5complete 5-3-2020 12:51 PM
apek cina ni memang dari dulu baik punya orang... terima kasih apek....
Quote KIM.K 5-3-2020 12:52 PM
Sedihnya..indon yang iols kenal beranak sendiri. Empat kali beranak dia handle sorang2
Quote missinpiece 5-3-2020 12:52 PM
     
Quote Artemesiaa 5-3-2020 12:53 PM
Sebab takut dan tak tahu cara dua nyawa melayang,  Apa pun tq uncle kentang sebab sudi membantu mereka yang sedang memerlukan bantuan.
Quote dudaberhias 5-3-2020 12:53 PM
thank you uncle kuan... rajin betul dia menolong siap bagi phone... semoga di permudahkan semua urusan mereka ni...
Quote MissVixen 5-3-2020 12:53 PM
Kenapa tak terus je pergi hospital kerajaan? Sini bukannya macam indon... Sana takde duit dia biar je depan pintu igd tu. Ada yang sesak nafas, residen tu larang students tolong dan sudahnya pasien mati.. Takut makin tolong, makin banyak yang main tinggal je keluarga sakit depan rs tanpa bayar. Sadis dan kejam betul.
Quote barfi 5-3-2020 12:55 PM
MissVixen: Kenapa tak terus je pergi hospital kerajaan? Sini bukannya macam indon... Sana takde duit dia biar je depan pintu igd tu. Ada yang sesak nafas, reside ...


Sebab takde passport chuolss kan dia kata takde sebarang dokumen. So takut ditangkap imigresen la tu
Quote prettyuglybabe 5-3-2020 12:56 PM
key dia bukan tak ada duit tapi sebab tak ada dokumen dengan kata paling senang, dorang PATI..
ramai jah pendatang takde duit pi hospital dapat juga rawatan..
pastu time nak bayar lari..
bukan susah pun..
panjang je akal dorang nak menipu..
nak kesian pun kena la berpada-pada..
lepas tu bising pati bersepah kat malaysia gomen takde buat apa yada yada yada..
Quote koko2 5-3-2020 01:04 PM
So mcm Mana..? Kena tangkap ke Tak PATI indon mati bini ni???
Quote Kurex 5-3-2020 01:08 PM
iols kesian dekat baby je... ada je duit tapi kau datang secara haram kan... tu yg takut tu
Quote gigahertz 5-3-2020 01:14 PM
i kalau local i mmg kesian kalau PATi kesian i kurang sikit
Quote KekDurian 5-3-2020 01:17 PM
MissVixen replied at 5-3-2020 12:53 PM
Kenapa tak terus je pergi hospital kerajaan? Sini bukannya macam indon... Sana takde duit dia biar j ...

Kerajaan pun 3k ya sis? Hr tu g pac sebab demam, ada myanmar tu kena admit nk nersalin..nurse trus tanya skrg dkt u ada berapa ratus ( suara garang lak tu)? Myanmar tu duk angguk2 je, nurse suh g byr deposit n bini dia tukar baju..sibuk naw laki dia duk msg2 kt fon..kjap tu laki dia dia ckp kt nurse klo tangguh dlu bole x ? Duit x ckup lg
Quote pearl.silver 5-3-2020 01:20 PM
Secara rasminya kita terima pati yg duk malaysia secara haram..
Quote zeed 5-3-2020 01:22 PM
Jangan la halalkan pendatang haram bawak keluarga dtg sini.. Ikut jalan halal.. Tak mampu bawak diri je dulu..
Quote chinta89 5-3-2020 01:24 PM
prettyuglybabe replied at 5-3-2020 12:56 PM
key dia bukan tak ada duit tapi sebab tak ada dokumen dengan kata paling senang, dorang PATI..
rama ...

ya setuju.....

bkn x nak simpati tapi simpati tu hnya dlm hatiku. nt makin berlambak diorg beranak di spita gomen then lariiiiii gtu  je.
Quote Skuau 5-3-2020 01:26 PM
gigahertz replied at 5-3-2020 01:14 PM
i kalau local i mmg kesian kalau PATi kesian i kurang sikit

indon kat tempat sy...bkn main berlagak nak mampos...

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.064153 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top