CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bisnes Ibu Kurang Laku, Gadis Tolong Promosi Tak Sangka Dapat 25 Ribu Kicau Semula

5-3-2020 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 10302| Komen: 74

Seorang gadis cuba mempromosi bisnes makanan ringan corndog ibunya, tidak menyangka hantaran tersebut di Twitter menjadi tular. 

Katanya sebelum itu, bisnes ibunya sangat perlahan, sehinggakan untuk menghabiskan2 kg tepung sehari pun begitu sukar. 


Namun, selepas meluahkan masalah itu dan cuba mempromosikan bisnes ibunya menerusi Twitter, ia mendapat lebih 25 ribu kali kicau semula sekaligus menjadi tular. 

Kredit foto: Twitter
Tuan Nurly berkata ia bukanlah sengaja mahu mempromosi secara murahan kerana dia sendiri tidak menyangka hantaran Tweet itu mendapat perhatian luar biasa netizen. 

“Berita baik semua. Ada seorang abang berniat untuk sedekah corndog mama dekat semua orang 50 cucuk. Datanglah singgah,” katanya dalam satu hantaran yang baharu. 



Dalam masa yang sama Nurly meminta maaf sekiranya luahannya sebelum ini membuatkan sesetengah pihak berasa terganggu. 

“Saya pos sebab kebelakangan ini corndog mama tak habis walaupun cuma 2 kilogram tepung. Ia menyedihkan saya. Maaf kerana ganggu anda semua. Terima kasih di atas doa,” katanya. 

Ternyata rezeki tidak salah alamat, yang penting jangan berputus asa dan terus berusaha serta berdoa. 

Apa pula pendapat anda? - CARI
2

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sham143


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 5-3-2020 06:28 PM
Gambar mana gambar?
Quote prettyuglybabe 5-3-2020 06:30 PM
jual benda-benda gini sasaran pembeli dia sapa ye?
kanak-kanak? student? orang bekerja? family? bujang? laki? pompuan?
jual kat tempat yang sama petang-petang..
tempat bukan sasaran pengunjung macam mall ke apa..
sangat tak praktikal..
dengan harga satu rm6..
bendanya macam cekonit jah..



Quote missDollie 5-3-2020 06:36 PM
Bagus la promosi untuk mak.. Semoga murah rezeki.. Iols suka makan corndog.. Cuma nak dapat yang sedap ni susah la.. Memang mahal pulak tu.. Sosej separuh, cheese besar ibu jari rm6 gitu.. Lebih berbaloi buat sendiri.. Tak susah pun..
Quote Ladybird910 5-3-2020 06:36 PM
prettyuglybabe: jual benda-benda gini sasaran pembeli dia sapa ye?kanak-kanak? student? orang bekerja? family? bujang? laki? pompuan?jual kat tempat yang sama petang- ...



Br nk ckp benda sama.mahal gils smpi rm6..pdhl makan nasi area situ br rm6...

Ko jual kat tepi klcc letak price tu okla..di kaw tepi laluan org turun lrt..mmg la xbpe nk laku.huhu
Quote belilies 5-3-2020 06:46 PM
Bagus tu 6 hengget. Tempat aiols sini deyols jual 8 hengget yah. Iols kene cabut buku kaki bila dtg tekak nak makan corndop.
Quote adila39 5-3-2020 07:01 PM
rezeki tak disangka.. muga maju jaya
Quote ellez 5-3-2020 07:09 PM
Ladybird910 replied at 5-3-2020 06:36 PM
Br nk ckp benda sama.mahal gils smpi rm6..pdhl makan nasi area situ br rm6...

Ko jual kat t ...

Chuols..ritu kata nk suggest tmpt2 mkn yg biasa area klcc tu..

Quote Tinot7 5-3-2020 07:18 PM
Iols tak minat mkn corndog. Best sgt ke?
Abg yg sanggup belikan 50 cucuk tu, harap2 ikhlas.. kang tak pasal2 hutang budi, tergadai body.
Quote Ladybird910 5-3-2020 07:20 PM
ellez replied at 5-3-2020 07:09 PM
Chuols..ritu kata nk suggest tmpt2 mkn yg biasa area klcc tu..

Eh sampai ke sini chuols komen..ahahaa..sori tlupa..dm jom =)
Quote Ladybird910 5-3-2020 07:22 PM
Edited by Ladybird910 at 5-3-2020 07:51 PM
Tinot7 replied at 5-3-2020 07:18 PM
Iols tak minat mkn corndog. Best sgt ke?
Abg yg sanggup belikan 50 cucuk tu, harap2 ikhlas.. kang t ...


It just a deep fried sosej dgn tepung w bread crumb covered with cheese..tu saja lor
Quote Tinot7 5-3-2020 07:36 PM
Ladybird910 replied at 5-3-2020 07:22 PM
It just a deep fried sosej bread covered with cheese..tu saja lor

Iols suka mkn sosej.. tapi yg bertepung2 ni kurang sikit..
Tengkiu for the info!
Quote ellez 5-3-2020 07:36 PM
Tinot7 replied at 5-3-2020 07:18 PM
Iols tak minat mkn corndog. Best sgt ke?
Abg yg sanggup belikan 50 cucuk tu, harap2 ikhlas.. kang t ...

Yup..terhutang budi..tergadai body

Dah ada contoh yg iols lihat sendiri

Quote Tinot7 5-3-2020 07:39 PM
ellez replied at 5-3-2020 07:36 PM
Yup..terhutang budi..tergadai body

Dah ada contoh yg iols lihat sendiri

Iols pun ada tgk sendiri.. tapi masalahnya kadang2 masyarakat kita yg menggalakkan utk cari bf dan sebagainya. Didikan salah drp org sekeliling. Itu yg menyedihkan.
Quote mosti 5-3-2020 07:44 PM
Mozarellal mahalll
Quote Cassieopeia 5-3-2020 07:44 PM
kawasan makcik tu tak sesuai kot bukan kwsn tumpuan kot plus corndog ni mcm snek je bila teringin..dgn harga mcm tu mmg susahla
Quote mosti 5-3-2020 07:45 PM
Cheese tu yg mahal
Quote ellez 5-3-2020 07:45 PM
Tinot7 replied at 5-3-2020 07:39 PM
Iols pun ada tgk sendiri.. tapi masalahnya kadang2 masyarakat kita yg menggalakkan utk cari bf dan ...

Mula2 bagi pertolongan..bagi perlindungan..lps tu dah lama2 si ppuan tak ada cara nak mengelak..sebab dah banyak termakan budi..maka terpaksalah mengikut kehendak..si lelaki pulak berpengaruh orangnya..nak lepaskan diri pun sangat sukar..hidup mewah tapi terkurung.
Quote Ladybird910 5-3-2020 07:47 PM
Tinot7 replied at 5-3-2020 07:36 PM
Iols suka mkn sosej.. tapi yg bertepung2 ni kurang sikit..
Tengkiu for the info!

Welcome..

Mknn hipstur gitu i pon xsuka mkn sbb roti tu akan serap minyak byk plus too oily and sgt xhealthy siap bermacam2 topping smpi xblh nk mkn secara sopan..

Dia viral pon sbb bila mkn tu maaf ckp tp nmpk la mulut kena buka luas2 pastu cm comot2 lucah k..sebab cheese tu so tebal so terpaksa tarik panjang2..euwww...
Quote salmon-suki 5-3-2020 07:56 PM
Ai nak tgk pic corndog mak dia..selalunya kalau benda sedap,org beli je..mcm corndog kt pasar mlm ai ni..selalu habis sbb besar n sedap..

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.065343 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top