|
Sebagai usaha mencegah penyebaran terbaru virus korona, kerajaan Arab Saudi mengenakan peraturan ketat kemasukan ke Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah serta menggantung semua aktiviti ziarah umrah. Pengumuman mengenai peraturan ini dihantar pada hari Khamis (05/03/2020) waktu tempatan. Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ditutup selepas satu jam solat isyak dan akan dibuka sejam sebelum solat Subuh setiap hari. Kerajaan dan pihak berkuasa telah membersihkan Masjidil Haram sebagai usaha pensterilan. Video mengenainya telah dikongsi bekas pembaca berita TV3, Izwan Azir Saleh menerusi Instagramnya menunjukkan mataf, lokasi di mana para jemaah biasa mengelilingi Kaabah kelihatan sepi sementara dibersihkan. Suasana aneh, tapi bukan sesuatu yang pelik.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
13-2-2026 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.123714 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.