Beberapa keping gambar yang diperolehi DailyMail.com menunjukkan sepasang warga emas, Dorothy Campbell, 88, menemui suaminya, Gene, 89, yang dikuarantin disebabkan COVID-19. Difahamkan, anak lelaki mereka, Charlie turut berada di samping ibunya untuk membantu wanita itu berhubung dengan bapanya melalui telefon bimbit. Gene kelihatan gembira dan lebih bersemangat apabila diziarah isterinya sebelum mereka berpisah, tidak tahu bila akan bertemu kembali. Difahamkan, Dorothy berasa amat terdesak untuk menghubungi suaminya pada hari tersebut, setelah pusat itu melarang kunjungan pelawat dari dalam pusat kuarantin. Gambar tersebut telah diambil di Life Care Center yang terletak di Kirkland, Washington. Ramai risau dengan keadaan keluarga mereka yang dimasukkan ke dalam pusat jagaan ini. Namun, usaha itu diharap dapat membendung penyakit ini dari terus tersebar. Purata pesakit yang dimasukkan ke dalam pusat jagaan tersebut memiliki penyakit kronik dan penyakit yang berpanjangan. Hal ini pasti menjadikan diri mereka amat mudah mengalami komplikasi jika penyakit COVID-19 tidak dijaga dengan rapi. Apa-apa pun, gambar pasangan emas dan anaknya amat menyayat hati. Ketika sebegini, hanya kekuatan pertalian darah sahaja yang dapat menaikkan semangat untuk terus hidup. - CARI |
ellejo: camnela dorang stay in love until umor 80an. aku tengok laki aku je dah sakit ati.
ellejo replied at 17-3-2020 10:15 AM
camnela dorang stay in love until umor 80an. aku tengok laki aku je dah sakit ati.
yuki812 replied at 17-3-2020 10:47 AM
biasanya bila dah tua..dah kedut seribu..masa tu mcm otak dah waras skit boleh pikir siapa sebenarny ...
ellejo replied at 17-3-2020 10:15 AM
camnela dorang stay in love until umor 80an. aku tengok laki aku je dah sakit ati.
ellejo replied at 17-3-2020 10:15 AM
camnela dorang stay in love until umor 80an. aku tengok laki aku je dah sakit ati.
ellejo replied at 17-3-2020 10:15 AM
camnela dorang stay in love until umor 80an. aku tengok laki aku je dah sakit ati.
ADVERTISEMENT