Wanita tergamak memenggal kepala ibunya sendiri menggunakan pisau dan gunting. Memetik The Sun, wanita itu juga mengeluarkan otak dan mencium kepala mangsa di hadapan kenalan keluarganya.
Odessa Tammy Carey, 36, didakwa memukul ibunya hingga maut di rumahnya di Ashington, Northumberland, England sebelum memenggal mangsa berusia 73 tahun itu. Newcastle Crown Court hari ini dimaklumkan bahawa tertuduh membawa kepala mangsa di dalam sebuah beg sebelum dikeluarkan dan menciumnya di hadapan kenalan keluarganya. Difahamkan, wanita itu kemudian memasukkan semula kepala itu di dalam beg. Mayat tanpa kepala mangsa yang juga bernama Odessa Carey ditemui di atas katil, manakala otaknya ditemui di dalam bilik air di rumahnya. Menurut laporan, kepala mangsa ditemui di tempat berasingan. Ia ditemui di dalam almari bawah sinki dipercayai di rumah kenalan keluarganya iaitu tempat di mana tertuduh bersembunyi.
Mahkamah dimaklumkan, punca kematian mangsa adalah kecederaan di kepala akibat dipukul dengan tukul sebelum dia dipenggal. Tertuduh juga dikatakan menoreh bentuk salib pada perut ibunya. Perbicaraan diteruskan. - CARI
|
Kurex replied at 6-3-2020 05:18 PM
tak faham.. dia kan bawak keluar kepala mak dia siap cium depan orang ramai. macam mana kepala tu bo ...
EvieWanKenobi replied at 6-3-2020 05:49 PM
tu gambau anak atau emaknya?
whadda replied at 6-3-2020 05:52 PM
bawah gambar tu tulis mangsa (kiri)
Kurex replied at 6-3-2020 05:18 PM
tak faham.. dia kan bawak keluar kepala mak dia siap cium depan orang ramai. macam mana kepala tu bo ...
ADVERTISEMENT